Bila abang Sally review Dashing Adventurer 2.0 - BOLD 2.0

10:21:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Tak tau la korang, tapi Sally dengan Dashing ni dah macam kawan baik dah...Arwah papa, even dua-dua abang Sally pun mmg pengguna tegar Dashing sejak dari dulu...Sally pulak rasanya sejak azali dah kenal dengan jenama Dashing ni...Baru ni dapat tahu yang Dashing kembali dengan rangkaian terbaru Dashing Adventurer 2.0 yang datang dengan 2 variasi; BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.


Tapi Sally nak cerita pasal Bold 2.0 jela sebab Sally dah tengok dan bau sendiri variasi yang baru ni...Bold 2.0 beraroma akuatik yang segar dan menarik. Abang Sally bukan seorang yang minat pada bau yang terlalu kuat, jadinya Dashing mmg sangat sesuai dengan selera dia...yang best nya sekarang ni apa tau, Dashing Adventurer 2.0 telah memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk mereka iaitu Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia.


Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, abang Sally juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos!

Selain itu, teknologi pengeringan segera juga turut memberikan rasa kering pada kawasan bawah ketiak dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.

Tentang rangkaian Dashing Adventurer 2.0 - Bold 2.0:
- EDT 100ml dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.
- Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
- Deodoran Roll-Ons 40ml dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.


Tentang rangkaian Dashing Adventurer 2.0 ni, korang mungkin akan nampak perbezaan pada certain produk...sebabnya macam Bold 2.0, perfume EDT hanya terdapat dalam botol 100ml, manakala Edge 2.0 ada dalam kedua-dua 50ml dan 100ml.

Kalau mengikut abang Sally, Dashing ni mmg sangat sesuai untuk lelaki yang aktif tapi masih lagi nak kekalkan kesegaran dan juga memberikan penampilan bersih kepada lelaki..ok, nak cari pakwe yang guna Dashing la kalau macam ni...hehehe

You Might Also Like

4 comments:

  1. Hasif pun ok jadi pakwe..selalu dia bg dashing kan...hehehe..mana gambo abgnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..hamboiii kak jadi match maker! LOL...xyah la letak gambow dia...somakk yoo~

      Delete
  2. macam bestnya tapi tak pernah nampk plak yg nih.

    ReplyDelete
  3. hehe dah try gak yang baru ni. bau dia best! memang tahan lama

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!