Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Misi Operasi X (M.O.X)

8:04:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments



Baru-baru ni Sally sempat menghadiri Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Filem Misi Operasi X (M.O.X) yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2017..Kalau korang nak tau..filem ni merupakan filem terbaru arahan Dato' Zulkeflie M. Osman...Lama gila tak nampak dia keluarkan filem baru kan..kalau drama tu banyak laa...




Puan Sharmila Mohamed Salleh, Pengarah Kanan Yayasan Inovasi Malaysia telah melancarkan filem Misi Operasi X

Filem ni sebenarnya masih lagi dalam proses penggambaran yang bermula pada 28 Julai yang lepas dan dijangka akan tamat penggambaran pada bulan September 2016..Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa lambat sangat nak tayangkan padahal dah habis penggambaran awal kan..? Sebenarnya filem ni merupakan sebuah filem yang bercorak aksi dan sains, jadinya dengan bantuan Kementerian Sains & Teknologi dan Inovasi 'MOSTI', babak-babak yang melibatkan aplikasi saintifik, kreatif dan inovasi akan dipertontonkan.


Antara pelakon yang sama-sama menjayakan filem, Ebi Kornelis, Tya Ariffin, Jefry Omar, Radhi Khalid, Zaidi Omar, Adam Shah dan ramai lagi..

Filem ni akan diterajui oleh Ebi Kornelis (AF5) dan juga pelakon daripada Indonesia, Tya Arifin dan juga Shareeta Selvaraj. Kata pengarahnya, Dato' Zulkeflie M. Osman, filem ini telah mengambil masa hampir 10 tahun untuk dihasilkan kerana beliau mahukan filem ini dikaji supaya lebih menepati kehendak dan objektif yang sebenar filem ini dapat diterima oleh semua pihak.

Filem ini mengisahkan tentang seorang ejen rahsia persekutuan, Don Pedro (lakonan Ebi Kornelis) yang ingin menghapuskan sebuah organisasi yang sedang mengancam keselamatan dan kestabilan dunia. Fifi (lakonan Tya Arifin) pula sebagai watak kekasih kepada Don Pedro yang perlu dipertahankan keselamatannya oleh Don Pedro.


Sesi temubual dengan pengarah, pengarah eksekutif; Eddy Dato' Rashid dan Tya Arifin

Teruja tak nak tengok? Sally yakin filem ni akan bawa kelainan dalam industri perfileman kita...Kalau bukan kita yang okong filem kita, siapa lagi kan...? Untuk maklumat lanjut korang boleh follow page Facebook rasmi M.O.X : facebook.com/MOXFILM

Sementara tu Sally tinggalkan korang dengan teaser Filem Misi Operasi X (M.O.X)


You Might Also Like

2 comments:

  1. waaa.. mcm best je citer ni.. ada masa nnti boleh la tgknye dkt wayang...

    ReplyDelete
  2. hehehe dulu time AF suka gak Ebi ni.. lama senyapkan ingatkan pencen da dari dunia retis.. ada lagi hehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!