Bermalam di M Boutique Hotel, Ipoh.

10:55:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Beberapa minggu lepas, Sally pergi ke kenduri kawan baik Sally kat Ipoh. Keluar rumah awal pagi dah tapi tersesat jalan la plak..padahal dah siap guna Waze dah..sampai ngam-ngam pengantin tengah bersanding. Phew nasib baik sempat tengok pengantin. Sally memang suka kalau datang wedding ni tengok pengantin bersanding. Dah nama pun kawan, kalau tak datang mau nya dia merusuh 2 tahun! Hahaha..

Seronok la dapat jumpa kawan-kawan…Dah lama kot masing-masing tak jumpa…lagipun macam korang tau, lepas belajar semua ada urusan masing-masing….Dekat lepas Asar jugak la baru kitorang bertolak dari rumah pengantin, yela bila dapat bergosip, berbual dan bergambar memang tak sedar masa berlalu. Lagipun pengantin ni memang rapat dengan Sally…kawan kolej pulak..

Dah lewat macam tuu…driver pulak kata tak larat nak drive balik lepas tu katanya nak food hunting dekat sekitar Ipoh…So, kitorang decide nak cari hotel dekat area Ipoh untuk bermalam. Sally pun bukak handphone, usha website https://www.traveloka.com/en-my/ dan terus senarai hotel yang ada di bandar Ipoh.

M Boutique Hotel yang memukau

Lepas berbincang dengan kawan Sally, kitorang pilih untuk bermalam di M Boutique Hotel, Ipoh. Sally terus booked dan kitorang terus ke hotel la sebab dah penat sangat kan. Sampai-sampai kat situ tak sangka cantiknya hotel ni. Rekaan bangunan luaran dia nampak sangat vintage dan artistik.


Cantik kan..?

Hotel dia kecil je takdela besar sangat tapi interior design dia cantik. Setiap ruang dalam hotel ni hiasan dia cantik-cantik. Kalau korang jenis suka bergambar memang best la duduk kat hotel ni.

Rekaan dalaman dia mmg berkonsepkan rekaan hipster. Walaupun kecil tapi dekorasi dia buat kita rasa WOW sangat! Hahahaha…Ini kalau propose nak deko ni macam kat rumah, mmg sure ibu kata okay punya!


Suasana dalam hotel ni mmg selesa. Lagi best sebab staff kat sini pun sangat friendly. Hotel ni ada tiga tingkat dan setiap tingkat di hotel berbeza kategorinya. The Adventure, The Majestic dan The Exselsior. Ha camtu la staff hotel ni explain kat kitorang. Sally pun penuh konfiden je angguk..hahaha…Bilik kitorang kat tingkat satu, The Adventure.

Tak pernah lagi Sally duduk dekat hotel jenis boutique ni. M Boutique Hotel Ipoh nilah yang pertama kali. Kalau korang nak tau, hotel M Boutique Ipoh ni ada dua branch tau… Satu yang Sally duduk ni, satu lagi M Boutique Station 18. Yang Sally pilih ni dekat dengan bandar Ipoh.

Kredit : http://ipoh.mboutiquehotels.com

Masuk-masuk bilik je mmg terpesona dengan dekorasi bilik. Bilik yang Sally pilih ni takde la besar sangat tapi sesuai laa dengan kitorang…Lagipun kan bilik ni bersih dan dekorasi dia buat kita rasa macam ada kat dimensi yang berbeza..gittew! Hahahaha…


Opps! Sally lupa amik gambar bilik sebelum sebab excited sangat rasmikan katil. Kira halal la amik gambar kat website kan? Sempat amik gambar bilik air jela. Sally suka bilik air macam ni. Hitam putih nampak sangat classy. Kalau ade apa-apa yang berkenan, kat bawah ade kedai jual barang-barang yang ada dalam hotel ni. Tula sebabnya hotel ni dinamakan boutique hotel. Kiranya boleh la nak shopping..Takkan la korang tak suka shopping kan?

Esok paginya, Sally dengan kawan breakfast di Myth Café sebab malamnya dah dinner dekat Old Town. Kalau korang perasan dalam lot bangunan tu ka nada Old Town kan, kalau lapar boleh je terus isi perut kat situ…Waktu check in kitorang diberi voucher dan boleh pilih nak breakfast dekat Old Town atau Myth Café. Kat sini takde buffet macam hotel lain. So, the choice is limit sebab Sally dan makanan kan berpisah tiada… Dekat Myth Café. Sally pilih set A, dan kawan Sally pilih set C. As a coffee lover, Sally suggest korang cuba kopi kat sini tau sebab sedap!

Overall, Sally rasa hotel ni antara Ipoh hotel yang best dan menarik. Sally memang suggest kat korang terutamanya yang gemarkan konsep hipster, suka bergambar dan mencari kelainan. Mungkin next time datang Ipoh, Sally akan cuba branch dekat M Boutique Station 18 pulak.

You Might Also Like

2 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!