Autumn in Melbourne 2016 | Perjalanan ke Great Ocean Road.

4:04:00 PM Sally Samsaiman 1 Comments


Yea...tau lama sangat dah baru nak sambung...Kalau nak baca, silakan laa..hihihi...

Seawal 8.30 pagi lagi Aimran Khalis (AK) dah ambik Sally dengan ibu kat hotel...Oh! Sally ada mintak sorang student Malaysia bawak jalan-jalan ke Great Ocean Road sebab perjalanan ke GOR ni mmg jauh...hampir 6 jam kalau kira pergi dan balik...So, perjalanan kita bermula dengan naik kereta okay...Selain daripada pergi sendiri, korang boleh juga ambil any tour yang ada...


Jangan risau bosan sebab sepanjang perjalanan ni korang akan melalui banyak bukit bukau, lautan yang sangat mendamaikan hati...wahhh...ayat tak tahan...Sally pulak personally mmg suka dengan laut dan scenery yang cantik, I'm a nature person okay..hahahaha...


Sebelum sampai ke GOR, sempat jugak la singgah makan tengahri dekat kedai Fish & Chips yang famous tu...katanya kalau lalu kat situ tapi tak cuba mmg satu kerugian laa....


Ada banyak menu kat George's Food Court ni tapi selalunya orang datang untuk makan Fish & Chips dorang...Hmm...kepada orang Islam, Sally cadangkan pilihlah menu yang korang makan tanpa ragu-ragu...kat sini punya Fish & Chips berharga $10 kalau korang ambik yang basic punya...




Kedai ni sangat penuh sepanjang masa, sebab mmg Fish & Chips dorang terkenal dikalangan pelancong yang datang...Tak kurang juga orang mereka sendiri...semuanya ada laaa....Fish & Chips ni mmg meriah sangat dengan kentang...serius banyak gila..banyak! Sally kalau tak fikir benda ni mahal..takdenya nak habiskan...hahahaha...ibu pulak siap bungkus dalam tisu sebab sayang nak buang....



So, sebelum tengok batu-batu cantik...Twelve Apostles dan sebagainya...Sally cadangkan korang berhenti makan kat sini dulu...sebabnya kat depan-depan lagi dah payah nak cari kedai makan dah tau...Tak sabar nak share dengan korang gambar Twelve Apostles!


You Might Also Like

1 comment:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!