Autumn in Melbourne 2016 | Mercure Welcome Melbourne Hotel

2:54:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Yuhuuuu...ada ke yang menanti sambungan? Hahahaha...sebelum Sally tambahkan tahap excited korang, Sally nak share jugak la ruang berteduh Sally dengan ibu untuk 5 hari kat sana...Disebabkan trip ni lebih kepada trip yang disponsor, jadinya Sally tinggal kat hotel...

Di Melbourne sebenarnya nak cari hotel yang bertaraf 5 bintang tu agak mustahil la...kalau setakar 4 bintang tu masih lagi releven...Unless kalau korang nak sewa service apartment...then okay laa...Lagipun hotel 3 bintang dia pun pada Sally macam hotel budget biasa kat Malaysia, mungkin sebab dia agak mahal kat sana kot...Kalau korang nak consider tinggal di hotel 3.5 bintang dengan kadar budget di tengah bandar Melbourne, boleh la letak hotel ni as your choice.


So, sepanjang Sally tinggal 5 hari kat Melbourne, Sally duduk di hotel Mercure Welcome Melbourne..Hotel ni kalau tak silap Sally ada beberapa cawangan lain, means di negara yang lain laa...Bagusnya hotel ni sebab ianya terletak hanya 5 minit perjalanan daripada stesen keretapi Melbourne Central. Tram pun ada betul-betul depan hotel ni...




Sally dapat bilik yang Twin Bed...Pada Sally bilik ni agak kecil sebenarnya, tapi okay la as long as ada jugak ruangan nak solat...bilik air mmg kecik dan takde paip ye...macam biasa la...err...bidet pun takde okay...tapi nak hidup, kena la cari jalan jugak macam mana pun...


Katil Sally dengan ibu..best tidur!


Basic necessities dalam sebuah bilik tu ada laa...setiap bilik ada TV, iron board dan seterika...kettle dan teh, kopi semua ada...peti ais kecik pun ada jugak...Kiranya agak selesa jugak la nak tinggal untuk beberapa hari...Hotel ni jugak provide kita dengan sarapan pagi...disebabkan ada banyak benda yang kita tak boleh nak makan, jadinya Sally dengan ibu pilih benda yang basic jela macam roti, telur, dan oats..


So, itu jela yang boleh Sally kongsikan dengan korang pasal hotel ni...kalau korang nak tengok bilik yang lain ataupun nak buat research pasal hotel ni untuk masa depan, boleh layari website dia..

Address:
265 Little Bourke St, Melbourne VIC 3000, Australia

Phone: +61 3 9639 0555
 

You Might Also Like

16 comments:

  1. Replies
    1. Sally terbang kak..jalan lama nak sampai..hihihi

      Delete
  2. Asal ada tempat solat dalam bilik dah cukup memadai kan sally.. Sampai ke dalam bilik hotel takde toilet, huhu, jenuh jugak tu..

    Siqah tunggu next entri melbourne ye ��

    ReplyDelete
  3. wahhhhh okay lahhh hotel diaaaa

    ReplyDelete
  4. I wanna go vacation, but no teman. this place looks good to go.

    ReplyDelete
  5. Yang penting selesa hihihi 😉

    ReplyDelete
  6. Asal bersih...selesa untuk solat dan tidur alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  7. Biasa kalau bilik hotel kecik-kecik macam ni, kiteorang solat atas katil. Lepas tu rasa macam nak terumbang ambing nak tergolek. Hahhahaa. Sally pakai apps ape tengok kiblat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Sally belum pernah la nak buat camtu...Sally guna apps "Muslim Pro" :)

      Delete
  8. nampak besih dan selesa..untuk berdua ok la..tapi kalau dengan anak2 tak sesuai kot..kan??kena bilik besar lagi..

    ReplyDelete
  9. ok sangat tu dah. Melbourne weiiii...

    ReplyDelete
  10. nak bilik yg lagi besar please hahaha

    ReplyDelete
  11. wow bestnya dapat ke luar negara omputih plak tu.. pengalaman yang tak dapat dilupakan tu.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!