Masker Penjagaan Wajah SAFI Rania Gold & SAFI Balqis White Trilogy

9:00:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments



Asyik makanan sahaja...sekali sekala hendak juga kongsikan tentang barangan kecantikkan dan juga penjagaan diri...lagi-lagi sudah menghampiri musim perayaan...Korang semua tahu tidak yang sekarang ini SAFI sudah mengeluarkan masker penjagaan wajah SAFI Rania Gold & SAFI Balqis White Trilogy...?

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA GOLD (RM 6.90)



Diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambahkan keanjalan kulit muka agar tidak lesu & kusam, serta sentiasa segar bermaya bermula dari dahi hinggalah ke bahagian leher. Masker ini juga bertindak mengunci lembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Hasilnya wajah lebih segar, anjal dan cerah.

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy (RM 5.90)

Manjakan kulit wajah dan rasai kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan Kiwi yang kaya dengan vitamin C bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilkan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan efektif. Hialuronik Asid pula membekalkan lembapan berpanjangan agar kulit wajah terasa lembab dan lembut. Gunakan masker ini selama 20 minit sebelum tidur dan nikmati kesegaran kulit wajah yang halus, mulus & cerah sempurna keesokan harinya!

Produk SAFI ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya besar utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman sesawang SAFI, safi.com.my

You Might Also Like

4 comments:

  1. alaa mana gambar sally pkai masker nak tgk. hehehe

    ReplyDelete
  2. Akk tgh tnggu barangan muka akk abis..
    lepas nie nak pakai rania gold...hihi...
    almaklumlah usia nak meningkat..hihihi

    ReplyDelete
  3. wah,nnti nk try guna lha..nice sharing ^^

    ReplyDelete
  4. seri2 laaaa muka nanti eh.. iols jugak nanti yang raya #TeamRayaSingle

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!