Buffet Ramadhan 2016 | Suasana Tradisi, Hidangan Variasi tema di Hotel De Palma, Ampang!

3:50:00 AM Sally Samsaiman 2 Comments


Suasana Tradisi, Hidangan Variasi; tema yang sangat sesuai dengan buffet Ramadhan yang dijalankan oleh pihak Hotel De Palma Ampang..Ini kali pertama Sally berpeluang untuk berbuka disini...Walaupun sangat dekat dengan rumah, tetap la tak jugak sampai...hahahaha...

Ayam goreng cili berlado

Masak lemak putih pucuk manis

Untuk hidangan di Hotel De Palma Ampang, semuanya disediakan oleh Chef Azri Abdul Manaf dan Chef Hamzani Che Husain. Hidangan disini lebih mengetengahkan makanan selera kampung yang menyajikan menu seperti Nasi Biryani De Palma bersama Kismis, Ayam Masak Briyani Berempah, Kurma Saffron Daging Tetel Berkentang, Dalca Tulang Kambing bersama sayur-sayuran, Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang Galah Petai, Asam Tempoyak Ikan Patin, ulam-ulaman kampung dan semestinya didatangkan dengan sambal belacan, tempoyak dan macam-macam lagi...

Suasana Tradisi, Hidangan Variasi

Sally pun terliur dengan semua masakan dia...biasalah kalau dah melayu tu kan...nampak lauk macam ni lagilah berselera....Sally suka gila bila ada buffet makanan selera kampung...susah nak jumpa kan kalau ibu tak masak...nak harap Sally mmg hampeh laa...hihihihi...Jangan lupa cuba rojak pasembor, char kuey teow, mee goreng mamak, roti canai, roti jala, pecal sayuran dan bubur lambuk jugak!

Ulam-ulaman kampung dan sambal belacan, tempoyak, dan lain-lain

Rojak Pasembor

Pada bahagian Citrarasa Sup Kawah Berempah, korang boleh pilih nak padankan daging lembu, kambing, perut, isi ayam, atau hati ayam sekalipun mengikut selera yang korang nak makan...Dapat sup dengan perut lembu pun...fuhhhh~

Citrarasa 'Aneka Laksa' dan 'Mee Celop Belanga', korang kena cuba Asam Laksa, Laksa Johor, Nyonya Kari Laksa dan Mee Rebus, Soto Madura, dan Mee Bandung...Bayangkan la semua jenis laksa dan mee boleh kita makan...tak payah susah-susah nak pergi sana sini nak makan laksa, mee kan...




Kalau korang sama macam Sally teringin nak makan pisang goreng atau goreng-gorengan lain, korang kena cuba yang ada kat stall Kak Yah, syok tau makan pisang goreng panas-panas, lengkap dengan sambal kicap pulak...


Pendek kata ada pelbagai jenis makanan kat sini...Kalau korang nakkan kelainan dengan merasa masakan melayu dalam tema tradisi kita..korang boleh la berkunjung ke De Palma Ampang...mmg takkan menyesal...ada Kambing Golek, masakan barat macam spaghetti, pasta, roti john, warisan melayu macam rendang daging, ayam, ketupat dan nasi impit serta lemang.

Ada juga Yong Tau Foo, ikan bakar, pau kukus, popiah goreng, asam-asam, biskut dan yang penting sekali kepelbagaian kuih muih mereka...mmg semuanya sedap dan menepati selera diri Sally sendiri...





Kumpulan “Ghazal Sri Kencana” akan menghiburkan korang sepanjang malam dan korang pun boleh jugak request lagu...tapi biar padan la dengan dorang eh..hihihi...Apa yang lebih istimewa di Hotel De Palma juga ada Surau Jumaat Nurul Hikmah, which was awarded “Best Surau in the Hotel Industry” by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)...Kalau korang risau tak dapat bergegas balik untuk terawih, kat surau ni ada imam yang tetap yang akan mengimamkan solat terawih sepanjang Ramadan.

Solat Jumaat juga ada dijalankan disurau ini setiap Jumaat sejak beberapa tahun yang lepas...

Harga buffet:

DEWASA : RM75nett
KANAK-KANAK : RM45nett

Kalau korang nak lebih diskaun, semasa buat tempahan di mana-mana hotel De Palma Ampang, korang boleh sebut nama blog sallysamsaiman.com boleh dapat DISKAUN!

RM66nett (dewasa), RM45nett (kanak-kanak)

**Harga diskaun berlainan untuk setiap lokasi**

You Might Also Like

2 comments:

  1. baru lepas sahur ,. tengok ni perut berbunyi balik hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan makanan kampung

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!