Buffet Ramadhan 2016 : Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

4:52:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments




Tahun 2016 ni banyak betul rezeki Sally dengan Sunway Putra Hotel, so..kali ni Sally nak kongsi dengan korang promosi buffet Ramadhan yang akan dijalankan oleh Sunway Putra Hotel...Macam yang pernah Sally cakap dulu, Sally mmg suka makanan yang ada kat sini...terutama sekali desserts dia yang banyak dan mewah dengan pilihan!



Untuk buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel membawa konsep "Dari Dapur Ummi" yang mana kebanyakkan daripada menu yang ada diolah dan diinspirasikan daripada masakan yang sering dimasak oleh ibu-ibu kepada chef-chef yang ada...Kalau dah masakan air tangan ibu, mesti ada kelainan kan?

5 chef hebat dari Sunway Putra Hotel yang akan terlibat dalam sajian "Dari Dapur Ummi" sempena Ramadhan ialah Chef Rossham bin Rosli, Chef Samsuddin bin Ahmad, Chef Madhavan A/L Velayutham, Chef Shaari bin Ismail dan Chef Rukidi bin Yazid.



Macam yang Sally dah pernah bagitau korang, pencuci mulut kat Sunway Putra Hotel mmg tak pernah mengecewakan Sally..Mmg mewah dengan pelbagai pilihan kek, puding, pastri...Korang mmg wajib rasa setiap satu daripadanya...Sally jamin korang takkan kecewa...hehehe..itu pun kalau korang mmg peminat makanan manis dan comel macam Sally..hahahaha...

Chef yang sediakan pencuci mulut kat sini merupakan chef yang berasal daripada Kelantan, iaitu Chef Rukidi bin Yazid...Orang Kelantan kalau buat kuih muih yang datang daripada Kelantan, mmg syok la kan...jangan lupa cuba kuih Lompat Tikam!



Di sudut pembuka selera dan salad, mmg ada macam-macam jenis kerabu, salad, ikan masin dan macam-macam lagi...buat mereka yang ingin mulakan makan dengan makanan yang mudah dan tidak terlalu berat...sudut pembuka selera dan salad mmg pilihan yang tepat...



Dah penat berpuasa, benda pertama mesti nak cari minuman kan...Jangan risau, kat sini ada macam-macam jenis air yang sedap...Kalau tanya Sally, Slaly mmg habiskan air jagung dan jugak jus kurma yang ada..hahahaha...air lain mmg tak nampak dah...

Kalau tak nak minuman sejuk, jangan risau sebab ada jugak kopi dan teh yang disediakan..





Sudut "CELUP-CELUP" ni sebenarnya sudut untuk mereka yang teringin nak makan "steamboat" di bulan Ramadhan...ada pilihan pelbagai jenis sup macam Sup Tomyam, Sup Ayam, Sup Daging, Sup Soto dan juga Sup Dashi...Pilih je ikut selera, kalau rasa tak nak steamboat yang berkuah..boleh je nak ambik Sos Cili, Sos Soya Manis, Sos Rendang, Sos Masala, Sos Bijan Kacang atau Sos Percik..



Seperti kebiasaan, kambing golek atau kambing bakar mmg akan menjadi tarikan kepada buffet Ramadhan...Baik di mana-mana hotel sekali pun...macam di Sunway Putra Hotel, kambing mereka diperap dengan pelbagai jenis rempah...So, rasa dia ada sedikit kelainan...eh, kambing laaa...mana-mana pun korang wajib cuba! hihihi...

"Abang, muka potong kambing tu jangan serius sangat! hahahaha"





Selalu orang kata, kalau makan buffet ni...rugi kalau makan nasi...tapi percaya laaa..kat sini ada banyak gila lauk yang akan buatkan korang terasa nak makan nasi...masak lemak bunga kantan ikan keli, ikan patin masak tempoyak, ayam masak kari hijau utara...fuhhh...ada banyak la kan...tapi Sally mmg bantai makan ikan patin masak tempoyak tu dengan Daging Masak Lemak Cili Padi...berapi mulut!


Jangan lupa makan ubi kayu, keledek kat sini...alaaa...jangan kisahkan sangat la angin tu..hahaha...katakan "Dari Dapur Ummi"...kang ummi marah kang tak makan..haaaa~


Yang ini korang mmg kena cuba, Nasi Ayam Kampung yang diinspirasikan oleh ibu Chef Rossham...memang layan makan ayam dia goreng panas-panas kat situ jugak, ambik sambal dia, makan dengan kuah gulai...perghhh...tak pandang kiri kanan dah kot! hihihi...

Atau...kalau teringin nak makan sushi ke kan...jangan risau, di Sunway Putra Hotel semua ada! hihihi...boleh cuba makan di sudut "Gulung Gulung"...Kalau korang nak tau, Sally terkenal di Sunway Putra Hotel sebagai blogger yang gila dengan makanan Jepun...kalau korang pun macam Sally, pastikan cuba sushi yang ada..okay?







Sebelum terlupa, kalau korang berbuka di Sunway Putra Hotel, korang akan dihiburkan dengan nyanyian daripada kumpulan Mirwana..hihihi...Sally dulu mmg fan-girl dengan semua kumpulan nasyid termasuklah kumpulan Mirwana...
So, apa tunggu lagi...Buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel akan bermula pada 6 Jun sehingga 4 Julai...tapi ada berita sedih sikit la sebab slot untuk 6 Jun sehingga 20 Jun sudah penuh dan korang hanya boleh ke Sunway Putra Hotel pada 21 Jun sehingga 4 Julai...

Waktu: 6.00 petang - 10.30 malam

Dewasa: RM138 Nett
Kanak Kanak: Diskaun 50% untuk kanak kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Percuma: Kanak kanak yang berumur 4 tahun ke bawah

Untuk sebarang tempahan,
Boleh terus hubungi 03-40409888 atau email ke dinesph@sunwayhotels.com

Coffee House Sunway Putra Hotel 

You Might Also Like

7 comments:

  1. bestnya menu menarik, lokasi pun tak kurang hebatnya...

    ReplyDelete
  2. byknnya makanan!! kalau time puasa mmg akn ada mslh dilemma nak makan apa hahahahaa. semua pun nak ngap!! xD

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa. untung kak sally dh merasa dulu buffet ramadhan ni, hehehe

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kerja selalu jugak kontraktor belanja berbuka kat hotel SS, siap anak beranak lagi tp sejak dah tak kerja ni kena masaklah gamaknya hihi

    ReplyDelete
  5. uishhh terliurrrr slurp!

    ReplyDelete
  6. terliur tengok makanan dekat atas tu

    ReplyDelete
  7. klu tgk semua menu tu mmg semua nak rasa ... perghhhh

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!