Tuna TC Boy : Lebih variasi, lebih banyak resepi..!

6:28:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Bercerita tentang tuna keluaran TC Boy ni...rata-rata kita mesti dah biasa sangat dengan produk keluaran ni kan...Sally pun sama...dah mmg membesar dengan variasi mereka...TC Boy telah diasaskan sejak dari tahun 1991 dan mula bertapak di Malaysia dan kini setanding dengan makanan dalam tin yang lain. Selain Malaysia, TC Boy juga terkenal di Singapore, Thailand, Brunei, China dan Timur Tengah. TC Boy menawarkan pelbagai produk makanan dalam tin seperti tuna, salmon, sardin, kacang panggang dan juga air kelapa laut.



Selalu orang banyak alasan bila suruh makan sarapan...tau tak yang sarapan merupakan waktu makan yang paling kita kena ambil berat dan kena pentingkan, tapi produk tuna keluaran TC Boy tidak hanya terhad kepada sarapan...Kalau korang jenis pemalas nak masak, Sally akan share beberapa resepi yang korang boleh gunakan tuna keluaran TC Boy...Korang tau tak yang ada banyak resepi yang korang boleh buat menggunakan produk tuna keluaran TC Boy..?



Apa yang bagusnya tentang tuna keluaran TC Boy ni, ianya tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada sebarang tambahan MSG. Ini sebenarnya yang paling penting dalam bahan makanan kita..dan yang pengting sekali, HALAL dan juga bersih!

Antara kebaikan produk TC Boy adalah :

1. Omega 3 - kaya DHA dan EPA yang membantu meningkatkan kolestrol yang baik (HDL) dan boleh mengurangkan kolestrol tidak baik (LDL)

2. Protein - keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu

3. Kalsium - Memainkan peranan yang utama iaitu pembesaran tulang, pembekuan darah, mengurangkan kontraksi otot dan melancarkan saraf

4. Rendah lemak - membantu mengurangkan penyakit kronik seperti penyakit jantung dan obesiti

Korang tau tak berapa banyak resepi yang Sally dapat buat dengan hanya menggunakan Tuna dan Sardin keluaran TC Boy..?



Sardin masak lemak cili padi & pucuk ubi



Sardin masak kari dengan kentang



Bergedel tuna (menggunakan Solid Tuna in Virgin Olive Oil)



Bubur nasi dengan Solid Tuna in Sunflower Oil



Sandwich roti putih dengan Tuna Sandwich Delite, plus cili padi potong..hihi



Nasi goreng kicap dengan Solid Tuna in Virgin Olive Oil



Cucur Solid Tuna in Virgin Olive Oil & sayuran



Sardine roll with cheese

Yang paling sedap sekali masa makan Tuna Sandwich Delite dengan timun dan salad, atau nak lagi syok..makan dengan biskut gandum!



Sebenarnya ada banyak lagi resepi yang korang boleh cuba dengan variasi tuna dan sardin TC Boy...yang pastinya semuanya sedap dan mudah disediakan...Lepas ni dah takde lagi alasan kenapa tak nak makan, atau malas memasak...

Satu je yang Sally belum sempat cuba, buat nugget ikan daripada tuna chucks...haaaa...macam mana la kekdahnya rasa dia nanti kan...? Sally akan cuba buat sebab masih ada lagi ada satu tin Solid Tuna in Spring Water kat rumah!

You Might Also Like

2 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!