Resepi | Bubur Chacha

9:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Cha Cha Cha~

Hihihihi...Sally ni demam...dah masuk lima hari dah harini...Biasa la orang tua kalau jarang demam, sekali kena...haaa..nah, rasakan la kau...

Bila dah demam ni, mmg selera tu mati...Dek kerana selsema, belum masuk lagi dengan sakit tekak dan macam-macam lagi...Tapi bila sakit jugak la macam-macam benda yang kita teringin nak makan...Sally daripada kelmarin lagi teringin nak makan bubur chacha...sampaikan sanggup redah hujan semalam sebab nak beli chacha dengan keledek...


Okay la..malas bebel lama-lama...korang kalau nak buat, boleh la ikut resepi ni...kalau yang mana dah pro tu..buat-buat la baca pastu komen..hahahaha...

BUBUR CHACHA
1 cawan chacha segera
1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
2 cawan santan pekat
1 keping gula melaka
1 cawan gula
2 sudu besar sagu (direndam dengan air)
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

Cara-cara
1. Rebus chacha sehingga lembut dan kemudian toskan.
2. Rebus ubi keledek sehingga hampir empuk dan toskan, masukkan sedikit garam masa rebus.
3. Lepas dan rebus chacha dan keledek tu, masukkan santan, gula melaka, gula, garam, sagu dan daun pandan bersama chacha dan keledek ke dalam periuk.
4. Masak dengan api yang sederhana dan pastikan sentiasa dikacau. Masak sehingga mendidih kemudian tutup api.
Tips :
a. Lebihkan gula melaka daripada gula pasir, lebih sedap kalau dapat gula kabung.
b. Lebih sedap kalau ada keladi, nangka atau kentang.

You Might Also Like

7 comments:

  1. Ya Allah, favourite kita ni. Pastu dengan bubur sum sum. Perghhhh, meleleh air liur. Rindu-nya bubur mak. (>,<)

    ReplyDelete
  2. akak kalo buat letak chacha warna warni jer.. dah tak letak ubi ker chacha maembong ker.. ehh hahahahah

    ReplyDelete
  3. ko masak?!! macam ibu aje masak nih hahahha

    ReplyDelete
  4. Sedap ni.Fida suka makan ni masa bulan puasa.Ya Allah..dah terliuq ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnya... lama sudah sa ndak makan ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!