Rangkaian Pembersih Wajah SAFI kini dengan Habbatus Sauda.


Siapa kat sini pengguna tegar SAFI..? Jujurnya wajah Sally tidak serasi dengan SAFI, mungkin sebab wajah Sally jenis yang berminyak dan berjerawat pada satu masa dahulu...Tapi bagi mereka yang serasi, produk penjagaan wajah SAFI merupakan produk yang sangat elok...Macam kawan Sally daripada zaman kolej sampai la sekarang, masih lagi guna Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya keluaran SAFI...muka dia mmg sangat licin dan putih gebu...

Kalau korang nak tau, SAFI; jenama penjagaan wajah halal nombor satu tempatan telah memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang kini diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan. Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam yang ada membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi. Habbatus Sauda juga melindungi kulit dengan nutrien dan juga merupakan bahan antibakteria.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI didatangkan dalam 3 variasi iaitu Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Penjagaan wajah yang rapi sangat penting bagi memberikan kita lebih keyakinan dalam menghadapi kehidupan seharian.

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alam pasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna. 


Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80

Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, mampu mengecilkan pori, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80

Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!


Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI
100ml- RM 7.50

Penyegar Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.

Rangkaian produk pelembap muka SAFI

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI (80g - RM8.90)


Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!


Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
80g - RM 8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
16g - RM 7.40

Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!


Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Post a Comment

9 Comments

  1. YB suka produk safi dari muda remaja lagi... Safi memang best !

    ReplyDelete
  2. dulu akak pakai yang manggis tu..

    ReplyDelete
  3. Zaman sekolah Safi ni memang selalu guna.. tambah2 yang mcm foundation tu muka jadi gebu gebas jer kalo pkai.. tp sekarang not sure ada lagi yang jenis tu.. sekarang dah macam2 rupanya rangkaian safi ni..

    ReplyDelete
  4. PC setakat ini gunakan Pembersih Muka Sari Susu Manggis...alhamdulillah ok...

    ReplyDelete
  5. kita guna safia rania gold sekarang

    ReplyDelete
  6. mesti pandai pilih produk yg sesuai ngan kulit kita

    ReplyDelete
  7. saya guna product safi juga ..safi rania gold ..kulit ok..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!