NIVEA EMPOWER RUN 2016, larian untuk membantu wanita!

12:59:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Korang!

Pernah dengar NIVEA?

Produk NIVEA ni memang dah sinonim dengan wanita jadinya Sally yang wanita sangat ni pun dah mula gunakan produk NIVEA...Bagi Sally produk NIVEA mmg sangat sesuai dengan wanita yang cergas dan memerlukan kesegaran yang berpanjangan...Korang dah cuba rangkaian terbaru deodorant NIVEA, Pearl & Beauty?



NIVEA telah memperkenalkan NIVEA Pearl & Beauty Deodorant yang mengandungi ekstrak mutiara yang menjadikan ketiak kita lebih licin dan seputih mutiara...Perghhh...definasi dia tak nak kalah kan..hahahaha...Selain daripada tu, ia juga memberi perlindungan 48 jam daripada peluh dan sangat lembut pada kulit kerana tidak mempunyai bahan kimia dan membuatkan kita segar dan berkeyakinan.

Sally tau korang suka join larian kan...? Bukan larian yang lari rumah okay? Ini Sally nak ajak korang sama-sama join NIVEA Empower Run 2016!

Untuk pengetahuan korang, NIVEA akan menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016. Objektif larian ini ialah bagi membantu wanita miskin dan kurang berkemampuan dengan menderma keuntungan dari larian ini kepada Badan-badan Kebajikan, For Wisdom And Revolutionary Development (FORWARD) dan beberapa NGO yang membantu masyarakat yang kurang mampu untuk membeli makanan.



NIVEA juga ingin menghulurkan bantuan dengan melengkapkan wanita-wanita ini dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka boleh menyara anak-anak mereka ke sekolah, sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini kerana tidak mampu.

Hanya dengan perubahan ini, mereka dapat membebaskan diri dari belenggu kemiskinan. Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita sama-sama memeriahkan Larian ini dan jangan lupa tandakan kalendar anda! bersedia untuk memimpin dan diberi kuasa! Mari kita beramai-ramai merentasi sempadan untuk lebih maju kehadapan.

NIVEA percaya apabila kita yakin, tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai impian. NIVEA memberi kuasa kepada wanita dengan membantu mereka merealisasikan potensi dalam diri mereka dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.themarathonshop.com.my/niveaempowerrun

You Might Also Like

3 comments:

  1. owh, dah kuar yang baru? Nk try...

    ReplyDelete
  2. Nnt semua wanita angkat tangan semua ketiak bersinar n' bersilau sbb dh jd mcm putih mutiara..hehe gonna try one..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!