Kesan selepas 14 hari menggunakan Physiogel Calming Relief Face Care.

10:54:00 PM Sally Samsaiman 0 Comments


Cabaran #FreeInMySkin untuk Sally dah masuk hari yang ke 14...Fuhh tak sangka diam tak diam dah 14 hari Sally menggunakan produk Physiogel Calming Relief Face Care yang mana sudah terbukti mampu mengelakkan iritasi dan melembapkan kulit kering yang sensitif.

Sebenarnya, lain orang lain la kesannya...Mungkin ada yang sesuai dan mungkin juga ada yang tidak sesuai...Physiogel Calming Relief Face Care ini memang direka khas bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif...Jadinya mereka yang berkulit sensitif sangat la disarankan untuk mencuba rangkaian produk ini...Sally yakin korang takkan menyesal.



Tips yang paling Sally rasa penting bagi mereka yang berkulit sensitif ataupun kulit yang biasa ialah penjagaan muka daripada segi kebersihan wajah dan juga kena pastikan wajah kita sentiasa lembap dan terhidrat. Kulit yang ada banyak masalah selalunya datang daripada gaya penjagaan muka dan produk yang digunakan serta faktor usia itu sendiri...

So, Sally malas nak cakap banyak...Sally nak terangkan cara penggunaan produk Physiogel Calming Relief Face Care.



Physiogel Calming Relief Gentle Cream Cleanser.
Pembersih yang amat lembut di kulit untuk mengelakkan iritasi.

Cara penggunaan :
1. Picitkan pembersih di atas tapak tangan.
2. Sapukan rata dan urut lembut untuk 20 saat
3. Bersihkan wajah dengan cotton pad bagi mengeluarkan sisa kotoran, tidak perlu dibilas.



Physiogel Calming Face Cream / Face Cream Rich.
Digunakan untuk melembapkan kulit kering dan sensitif.

Cara penggunaan :

1. Calitkan krim di serata wajah, terutamanya di kawasan yang kering dan bermasalah contohnya dahi, pipi dan bahagian dagu.
2. Untuk dapatkan kesan yang lebih bagus, urutkan sapuan tadi keatas.
3. Gosokkan kedua belah tapak tangan sehingga terasa panas sedikit dan letakkan diwajah untuk dapatkan penyerapan penuh.
4. Gunakan dengan kerap untuk melihat kesannya.



Nampak tak, langsung tiada iritasi atau pun kulit kemerah-merah walaupun Sally berada bawah cahaya matahari terik...Satu benda yang Sally suka dengan produk ni ialah ianya tak buat kulit kita gatal walaupun ketika berpeluh...

Physiogel® Biomimic Technology™

Didalam rangkaian Physiogel Calming Relief Face Care, mempunyai Physiogel® Biomimic Technology™, yang mana merupakan satu teknologi yang telah dipertingkatkan. Didalamnya mengandungi lipid yang sama seperti yang terdapat secara semula jadi dalam kulit.

Lipid yang terkandung dalam Physiogel® Biomimic Technology™ melindungi sel-sel kulit, dan mengekalkan kelembapan kulit. Sel-sel kulit yang dikelilingi oleh lipid, membentuk satu pelindung, yang bukan sahaja mengelak daripada kehilangan air dari dalam, tetapi juga daripada kemasukan alergen dari luar.



Untuk maklumat lanjut dan video Physiogel® Biomimic Technology™, sila layari: http://www.physiogel.com/my/science-of-physiogel.html

Ini ada berita baik yang Sally nak kongsikan, kalau korang berminat nak mencuba rangkaian Physiogel Calming Relief Face Care, korang hanya perlu ikut dua langkah mudah seperti dibawah:

1. Pergi ke laman Facebook [https://www.facebook.com/physiogelmalaysia] dan klik "LIKE"
2. Kemudian, layari [https://my.freeinmyskin.com/sample.aspx] untuk dapatkan sample produk ni secara percuma!

Mudah sahaja kan..? Jangan lupa cuba tau!

Physiogel Malaysia website
http://www.physiogel.com/my

Physiogel Malaysia Facebook fanpage
https://www.facebook.com/physiogelmalaysia

Product campaign video
https://www.youtube.com/watch?v=WkdtkRDKq2U

How do I know if I have sensitive and irritable skin?
http://www.physiogel.com/my/understand-your-skin/sensitive-skin/article1.html

The science of Physiogel (with video of Physiogel BioMimic Technology)
http://www.physiogel.com/my/science-of-physiogel.html

You Might Also Like

0 Orang Sayang Sally!:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!