3 rahsia yang ditutup rapat.


Dalam dunia ni, ada 3 rahsia yang tiada siapa pun yang tahu selagi belum sampai masanya, dan daripada 3 rahsia ni kita akan dapat temukan kegembiraan, kehidupan dan kesedihan/kesakitan.

1. Jodoh

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.


2. Rezeki

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi masih mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal dan faham.

Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa-biasa je. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan.

Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. Ajal maut.

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

Post a Comment

18 Comments

  1. entry bagus nie..santai sambil menghadamkan entry ni ptg2 mcm nie.

    ReplyDelete
  2. hyeee..salam jumaat :D akhirnya dapat juga Syira Lokman blogwalking sekejappp ! saja jenjalan tengok entry baru tuan blog and nak doakan supaya berjaya dunia akhirat ye :) tulis yg baik2 oke ^_^

    ReplyDelete
  3. betul tu. rahsia2 ni hanya tuhan je yg tau :)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum sally..yes..tepat...rahsia ini yang telah Allah retapkan sedari alam rahim ibu kita lagi..

    ReplyDelete
  5. yupp... rahsia Allah....

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

    ReplyDelete
  6. selalu rasa mcm nak menangis bila pikir pasal 3 rahsia ni,,,,huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. Betul tu Kak Sally. Semua-nya Rahsia Allah S.W.T yang ditutupi rapat. Sentiasalah beringat kepada-nya. Dia-lah sebaik-baik perancang. ☺

    ReplyDelete
  8. Aah tiga benda ni rahsia. Kalau tiga benda ni bukan rahsia, agaknya makin la kita tak berusaha utk buat yg terbaik dlm hidup kita ni. Sbb dah tahu pengakhirannya mcm mana

    ReplyDelete
  9. Betul tu sokong sally bagitaw ni setuju sangat..

    ReplyDelete
  10. Exactly. Tiga rahsia ni memang kita tak tahu dan tak akan tahu..siapa jodoh kita, berapa byk rezeki kita dan bila ajal maut kita...hanya Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  11. Betul kan sally..bab jodoh teruskan usaha dan berdoa semoga dipertemuakan dgn yg baik2.. Bab rezeki usaha lagi dan lagi..kematian kena sentiasa ingat selalu..

    ReplyDelete
  12. Setuju sangat tu Sally..kita ni merancang je..Allah yang tentukan..Kadang memang dah usaha sehabis nya tapi tak de rezeki kita, tak de jodoh kita, nak buat cemana..

    Bab ajal maut tu pun sama,makan la supplement mahal cemana pun kalau tertulis ajal kita hari tu, hari tu lah kita pergi..

    Sebenarnya hidup ni bukan "hasil" tu yang penting ... bukan apa akan kita jadi nanti tu yang patut diutamakan..tapi cara kita berdepan dengan satu2 perkara tu yang lebih buat kita ni bernilai...

    ReplyDelete
  13. Entri simple tp amat bermaksud.. Btul tu sally.. Smua tu rahsia Allah..

    ReplyDelete
  14. Benar. Itu semua dah tertulis dan rahsia Allah.. kita sendiri tak tahu dan tak boleh nak mempertikaikan. Cuma sedih bila ada yang persoalkan bab jodoh dan rezeki..

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat dengan entri sally ni.. sebenarnya banyak lagi rahsia yang tertutup rapat tapi 3 ni paling kita perlu sedar tentangnya.. jodoh.. rezeki.. ajal/maut.. semuanya Allah yang tentukan

    ReplyDelete
  16. Terkesan baca artikel ni, 3 benda tu yang memang kita takkan dapat tahu macam mana rupa dia datang dan bila. Kadang-kadang tak tersangka. Macam Iday sekarang, rezeki anak belum ada. tapi sabar dan tunggu je. tu rahsia Allah, bila dia nak bagi, dia akan bagi. Hehehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!