Yellow Cafe di Dongdaemun, kafe terbaru bagi peminat susu pisang Korea!

8:30:00 AM Sally Samsaiman 8 Comments


Seperti yang Sally selalu tekankan, Korea dan Sally berpisah tiada..hihihi...Sally mmg rasa terikat dengan Korea ni...sampai la setiap satu benda pasal Korea menjadi kemestian untuk Sally tau...

Yang terbaru ni ialah pasal pembukaan sebuah kafe baru di Korea...Pengeluar susu pisang yang paling terkemuka di Korea, Binggrae telah membuka sebuah kafe yang dinamakan "Yellow Cafe" di Hyundai City Outlet, Dongdaemun. "Yellow Cafe" ini didedikasikan buat semua peminat susu pisang di seluruh dunia...



Kalau korang nak tau...sejak tahun 1974 hampir 800,000 botol susu pisang sudah terjual di Korea sahaja...Bayangkan berapa ramai peminat susu ni sebenarnya kan...kepada korang yang bakal atau merancang ke Korea, susu pisang keluaran Binggrae merupakan benda yang wajib korang cuba...

Yellow Cafe sudah mula dibuka bermula 11hb Mac yang lepas lagi...



Selain daripada susu pisang, pelbagai barangan yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni...hanya perlu pilih mana yang korang suka...



Pelbagai jenis minuman yang berunsurkan pisang ada dijual dikafe ni termasuk la Banana Latte, Banana Shake, aiskrim dan juga pelbagai jenis kek, pastri dan puding.



Kalau korang berkesempatan ke Korea, spesifiknya ke Seoul...boleh la ke Yellow Cafe ni tau!

Yellow Cafe
Level Basement 2, Hyundai City Outlet
Dongdaemun (beside DOOTA shopping mall)

Operating hours:
Sunday - Wednesday : 11:00-22:00
Thursday - Saturday: 11:00 to 23:00



Credit : Korea Tourism Organization

You Might Also Like

8 comments:

  1. alahaiiii sedap la pulakkkk tgk nyer pun!!!

    ReplyDelete
  2. Oh... serba-serbi kuning dek kerana pisang
    Kakak kalau kek pisang sukalah Sally:)
    Nak rasa yg di Korea tak sampai-sampai lagi haha...

    ReplyDelete
  3. wahh teringin sgt2 nak pergi TT.TT

    ReplyDelete
  4. Dah lama sangat tak datang blog kak Sally ni dah berubah dah wajahnya! :D

    Bilalah saya nak dapat minum susu pisang ni?

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!