Hadiah terbaik buat BFF!

3:42:00 PM Sally Samsaiman 2 Comments


Ni sebenarnya Sally nak cerita pasal rantai je...disebabkan ramai yang tanya...kat mana Sally beli rantai ni...

Menginjak ke usia 8 tahun usia persahabatan Sally dan kawan-kawan baik Sally daripada zaman kolej, Hidayah, Syifa' dan jugak Iera...Sally ada beberapa kali bercerita pasal mereka dalam blog ni...Sally terfikir nak dapatkan satu hadiah yang special untuk dorang...fikir punya fikir...tak tau nak beli ape...Sally ni pulak mmg suka suka beli barangan secara online, jadinya cuba-cuba la bukak laman web Aliexpress.com


Sally jumpa rantai ni...awalnya Sally cuba cari friendship bracelet, bracelet charms dan macam-macam la sebelum Sally jumpa dengan rantai ni...Awalnya ralat nak beli sebab rantai ni ada 3 je dan Sally nak hadiahkan kepada 4 org termasuk diri sendiri...Sally cuba la cari dan cari lagi sampai la jumpa yang ada 4 macam ni...fuhhh...lega! Terus Sally klik untuk beli...


Kebetulan pula batu yang ada pada rantai ni mmg warna kesukaan masing-masing...Jadinya yang merah Sally bagi kepada Hidayah, yang hijau untuk Iera, purple untuk Syifa' dan yang warna biru mestilah untuk Sally kan...

Walaupun harganya tidak seberapa, tapi Sally masih harap yang mereka akan suka...dan jadikan rantai ni sebagai lambang persahabatan kami...Semalam dah bagi kat Syifa'...dia terus pakai..hihihi...

Kalau korang berminat nak beli rantai ni, boleh klik SINI...semua urusniaga dalam dollar yer...

You Might Also Like

2 comments:

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!