[Post] Hebahan mengenai Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal Bakar & artis Malaysia.

4:34:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Sally mewakili blogger Faez Ramly sebagai Official Media Blogger untuk Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan Anjuran Hanis Kamal & artis Malaysia, ingin menjemput mana-mana blogger yang berkelapangan pada hari Sabtu (26/03/2016) bagi sama-sama menyumbang tenaga dalam program ini...

Bagi pihak penganjur, mereka berharap blogger dapat membantu menyumbangkan tenaga dan juga memberi hebahan tentang program ini dan semestinya diharapkan usaha ini bukan hanya secara berkala tetapi berpanjangan...

Program ini akan diadakan pada :-

Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Jam : 4 petang (Pengumpulan Barang)
Program bermula : 9 malam
Lokasi : Sekitar kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Matlamat Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan

Penganjuran Program Charity Anak-Anak Gelandangan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada masyarakat tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan, kesukarelaan, bertanggungjawab dan melakukan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya sayang menyayangi antara satu sama lain.


Kredit : Faez Ramly

Objektif Program
  • Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak gelandangan.
  • Memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik.
  • Membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui sukarelawan.
AJK Program Amal bersama Anak-Anak Gelandangan di antaranya :
  1. Zman Dian - Penganjur
  2. Miza & Koie - HKB Crew
  3. Kak Ann / Datin Nani - Radio Wanita 4U
  4. Abg Lan / Abg Zali - Blood Brothers
  5. Emerald - Persatuan Kita Sama
  6. Faez Ramly - Official Media Blogger
  7. Eijjat & Kery & Echa - The Family
  8. Usahawan Muah
  9. Explore Angel's Club
  10. PEWARIS Malaysia
  11. Big Unity Event
Artis yang bakal terlibat dengan program ini seperti :-
  • Rockers Otai 90-an
  • Pelakon Malaysia
  • Mentor
  • AF
  • Model
  • Designer
Kepada mana-mana blogger yang berminat nak turut serta, boleh terus berhubung dengan Faez Ramly (019-2061053).. Sally dan juga kak Kolin Zainal akan turut sama dengan Faez Ramly pada hari kejadian nanti...Sally harap dapat berjumpa dengan blogger-blogger lain disana.

Sumbangkan tenaga kita untuk mereka, mana tau ada saham kepada kita kelak.

You Might Also Like

4 comments:

  1. all the best team ni....semoga program berjalan lancar

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak sally.. Terharu tengok post ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa yang dapat join. Nani dah ada program lain tarikh ni.

    ReplyDelete
  4. smeoga program berjalan dgn lancar.. in sya allah next time akan join jika ada kelapangan..huhuu..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!