Navagio Beach, Zakynthos Island - Cantik gilaaa!

3:17:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Lepas filem Dilwale, ramai yang macam tertarik dengan lokasi mereka shoot untuk OST tu...kalau tak silap Sally kat Ireland kan..? Sally ni jenis suka tengok environment masa tgh tgk drama atau apa-apa movie...Kind of inspiring you know...

Sebagai seorang perempuan yang mmg kaki travel, Sally memang jenis mudah tertarik pada sesuatu kawasan...Baik yang ada dalam drama, atau pun kemana-mana tempat dalam dunia ni...Sally mmg suka laut...Sally rasa ramai yang tau kalau korang baca travelogue Sally...Sally obses dengan laut ye...

Navagio Beach, Zakynthos Island, Greece.





Sally yakin ada antara korang mesti tak pernah tau pasal pulau ni...Sally tertarik dekat pulau ni lepas tengok episod 3 drama Descendants of the Sun. Ya Allah...rasa macam nak menangis tengok laut dia, tgk batuan kat situ...pasir, batu...semua laa senang kata...Sumpah cantik..!

Kebiasaannya drama Korea akan lebih mengetengahkan negara mereka sendiri dalam drama...tapi kali ni Sally macam excited sikit sebab dapat tgk dunia luar..hihihi



Pantai Navagio, atau Pantai Shipwreck adalah sebuah teluk yang terbuka, juga dikenali sebagai "Smugglers Cove" di pantai Zakynthos, di Kepulauan Ionian Greece...Pantai Navagio pada asalnya dikenali sebagai Agios Georgios...Ramai yang kategorikan pantai ni sebagai pantai yang paling cantik di Greece...Rasanya Sally kena setuju dengan ni kan...

Mmg ternyata kita tak mampu nak fikir apa yang telah Allah ciptakan...setiap satunya ada kecantikkan mereka yang tersendiri...terasa sikit sangat pengalaman hidup yang ada bila ternyata banyak benda sebenarnya yang kita tak tau...

You Might Also Like

9 comments:

  1. mau taknak balik bila dah dapat datang sini..

    ReplyDelete
  2. wahhh, dah lama tak tengok drama Korea yang backgroundkan tempat luar dari South Korea. :D Non typical places pulak tuuu.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. Subhaanallah.. cantiknya... jom gi.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Subhanallah Memang cantik. Kalau dapat sampai pergh tak terkata.

    Antara tarikan dalam filem Dilwale, ya lokasi penggambarannya

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagi cerita ni tapi memang dah nampak gambar-gambar yang diaorang shooting dekat Greece ni. Cantik sangat!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!