Majlis pelancaran "Scarf Machine" by Aidijuma

3:14:00 PM Sally Samsaiman 6 Comments


Siapa kat sini peminat tudung bawal Aidijuma..?

Ni ada berita baik untuk korang peminat tudung bawal Aidijuma sebabnya Aidijuma dah melancarkan Scarf Machine mereka...

Apa benda pulak "Scarf Machine" ni kan..?



"Scarf Machine" by Aidijuma merupakan medium terbaru bagi mengetengahkan tudung bawal Aidijuma dengan lebih mudah...ianya seperti kiosk bergerak dan akan menjelajah hampir keseluruh semenanjung Malaysia..



"Scarf Machine" ini merupakan inspirasi daripada pemilik Aidijuma, Datin Norjuma Habib Mohamed supaya lebih ramai lagi wanita yang berhijab mampu mendapatkan tudung bawal keluarannya selain daripada secara atas talian dan juga pergi kemana-mana Concept Store Aidijuma yang ada di Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Norjuma Habib Mohamed dan ahli keluarganya.



Turut sama memeriahkan majlis pelancaran ini ialah ikon negara, Dato' Siti Nurhaliza dan juga beberapa orang selebriti yang lain seperti Faiz Dickie. Walaupun cuaca agak panas namum majlis ini masih berjalan dengan lancar..Tahniah buat team Colors Addiction Wholesale Sdn. Bhd. diatas penganjuran majlis ini..



Tudung Bawal Aidijuma mempunyai peminatnya yang tersendiri...Jadi tak pelik la apabila seramai 25 orang Reseller tudung bawal Aidijuma telah diberikan penghargaan oleh Datin Norjuma dengan menghadiahkan mereka tiket penerbangan ke Paris sebagai menghargai usaha mereka menjual dan memperkenalkan Aidijuma secara meluas.

Lebih menggembirakan para pengunjung apabila Aidijuma dengan bermurah hati memberi lebih 500 helai tudung bawal Aidijuma secara percuma dan bagi menarik lebih ramai orang, Aidijuma juga turut sama membuat jualan tudung bawal dengan harga RM10 bagi semua jenis label (green, blue, black, pink) kecuali white label dan juga plain.



Pengunjung turut sama dihiburkan oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan 2 buah lagu. "Scarf Machine" akan mula menjelajah ke negeri Kedah sebagai permulaan operasinya. Warga Kedah, bersedia!



Walaupun Sally bukannya pengguna tudung bawal yang tegar, tapi Sally suka dengan corak tudung bawal Aidijuma...setiap satunya ada kelainan mereka yang tersendiri...Diharapkan dengan adanya "Scarf Machine" ni, perniagaan tudung bawal Aidijuma akan lebih meluas dan mendapat sokongan daripada semua wanita yang berhijab.

Sekali lagi, tahniah buat team Colors Addiction Wholesale Sdn. Bhd. diatas penganjuran majlis ini..Untuk pengetahuan korang juga, Aidijuma bakal membuka lagi 2 cawangan Concept Store Aidijuma di Putrajaya dan juga Lot 10, Kuala Lumpur. 

You Might Also Like

6 comments:

  1. baru hujung bulan lepas beli 3 helai rudung aidijuma..

    ReplyDelete
  2. dulu giler beli bawal aidijuma ni.. tapi rasa mcm renyah jer sebab kena hembus2 hujung tudung. ppffttt since ada tudung awning terus tak reti pkai bawal.. masa dulu boleh jer pulak.. hahahha..tp skrg giler shawl

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah moga terus success Datin Norjuma Habib Mohamed selaku pengasas tudung bawal Aidijuma..

    ReplyDelete
  4. Ok. Sgt jeles. Yg palinng best, rm10 sehelai utk semua label.

    ReplyDelete
  5. wah hebat, kak ana peminat bawal AJ ni sally, cewah namapun kan dah sama tu AJ gak kan hihi :)

    ReplyDelete
  6. lamanya x shopping bawal AJ.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!