WiFi percuma di sekitar Seoul bermula 2017!

12:06:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Berita baik untuk mereka yang bercadang nak ke Seoul, Korea pada tahun 2017 sebabnya Seoul Metropolitan Government telah mengunjurkan yang mereka akan menyediakan WiFi percuma di sekitar kawasan tumpuan ramai di Seoul bermula 2017 sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan penggunaan peranti digital di bandar mereka!

Lepas ni dah tak perlu risau nak sewa portable WiFi di lapangan terbang sebab ada WiFi dimana-mana sahaja termasuklah didalam bas dan juga subway mereka...dalam masa yang sama, Seoul sekarang dalam proses memajukan sistem 5G dinegara mereka...makin lama makin laju!


Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon berkata yang Seoul Metropolitan Government bercadang untuk melabur  460.5 billion Won (US$373.9juta) untuk temph 5 tahun akan datang bagi memperkembangkan lagi industri "diginomics", hasil daripada gabungan perkataan digital dan ekonomi...

Bandar Seoul juga sedang menambahbaik teknologi sedia ada Internet of Things (loT), berdasarkan kepada pelan Seoul Digital General Plan 2020 yang sudah dijalankan oleh Seoul. Teknologi Internet of Things (loT) merupakan satu teknologi yang mana mampu menghubungkan objek yang sedia ada sambungan Internet untuk bertukar data kepada peranti mudah alih yang lain.
Dalam masa yang sama, Seoul juga dalam proses untuk menubuhkan sistem letak kereta yang bersepadu di mana pemilik kereta boleh menyemak lokasi kenderaan mereka di tempat letak kereta dan menerima data yang berkaitan dengan telefon pintar mereka. Sistem ini akan diguna pakai di hampir 550 tempat letak kereta awam dan swasta dalam menjelang tahun 2020.

Sama-sama la kita nantikan semua perubahan ni..Harapnya lepas ni akan ada lebih banyak penambahbaikkan seperti ini di Malaysia..Tak sabar nak tengok semua teknologi ni di Seoul!

Kredit : english.yonhapnews.co.kr

You Might Also Like

16 comments:

  1. Wow...5G tu. tekan je masuk tekan je masuk. Seronok beronok la nak surf dan buat kerja.

    ReplyDelete
  2. Perghhhhh ..dasyatnya kotea. Malaysia baru nak merangkak cari 4G. Haha .

    ReplyDelete
  3. bestnya...kat sarawak pun ada yg free wifi lupa pulak bandar apa

    ReplyDelete
  4. Bila agaknya Malaysia nak buat macam tu... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bagus...
    tapi kalau kat malaysia nie...
    kena buat banyak kajian dlu...hihihi

    ReplyDelete
  6. Wahhh. Bestnya. Memang berdesuupp la bila guna internet ;)

    ReplyDelete
  7. Dorang memang maju kan..maju sesangat..

    ReplyDelete
  8. perghhh bestnya! kalau pergi sini memang taknak balik lagi hahaha :P

    ReplyDelete
  9. memang pantas betul Korea ni dalam teknologi!!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  10. ni yg best pegi korea sbb ada wifi free kt mana2 je. okay, next year nk pegi korea! :p

    ReplyDelete
  11. Looks great, wish to go Korea one day!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!