Perlu ke tak bayar bil Indah Water ya?

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, yang mana merupakan sebuah syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk:

↪ Memelihara sumber air.
↪ Melindungi kesihatan awam.
↪ Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Saban tahun, penduduk di Malaysia semakin bertambah daripada masa ke semasa...dengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur...disinilah Indah Water akan memainkan peranan mereka..


Bagaimana dengan membayar bil Indah Water mampu membuatkan persekitaran kita menjadi lebih baik? Misi mereka ialah untuk menyediakan perkhidmatan pembentungan yang efisien kepada semua pelanggan, jadinya sebagai pengguna..Kita perlulah membayar bil kepada perkhidmatan mereka...Rata-rata cas yang dikenakan tidaklah membebankan, contohnya :

⇢ Premis domestik (seperti rumah kediaman) dikenakan sama ada RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.
⇢ Premis kerajaan pula dikenakan caj bulanan berlandaskan jumlah caj tetap dan caj tambahan berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.
⇢ Caj asas ditetapkan pada RM40 sebulan untuk perkhidmatan bersambung dan RM25 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu yang menerima perkhidmatan pengosongan oleh IWK.
⇢ Caj bulanan untuk premis komersil terdiri daripada jumlah caj asas, berdasarkan nilai tahunan hartanah serta caj tambahan. Ia berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.

Nilai tahunan yang ditakrifkan sebagai anggaran sewa tahunan premis:

Premis perindustrian dikenakan bayaran secara bulanan berdasarkan 'kiraan kepala' dengan caj minimum RM25 sebulan untuk perkhidmatan bersambung atau RM20 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu. Caj bulanan bagi seorang pekerja atau pengguna dalam sesebuah premis perindustrian yang menerima perkhidmatan pembetungan bersambung ialah RM2.50 sebulan atau RM2 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu.

Sally tau korang mesti malas nak bayar bil walaupun amaun dia rendah kan...Sally pernah dengar yang ada orang perlu membayar beribu bil Indah Water kerana tidak membayar mengikut jadual yang ditetapkan...tapi ni Sally ada berita baik untuk korang yang rajin bayar bil..hihi

Korang boleh bayar dengan:

➤ Perbankan Internet
www.Maybank2u.com.my bagi pemegang akaun Maybank sahaja.
www.cimbclicks.com.my bagi pemegang akaun CIMB sahaja.
www.mbfcards.com (MBF "Click n' Pay") bagi semua pemegang kad kredit Master.
www.rhbbank.com.my bagi pemegang akaun RHB sahaja.
www.pbebank.com bagi pemegang akaun Public Bank & Finance sahaja.
www.AmOnline.com.my bagi pemegang akaun AmBank sahaja.
www.bankislam.biz bagi pemegang akan Bank Islam sahaja.
www.eonbank.com.my bagi pemegang akan EON Bank sahaja.
www.posonline.com.my

atau korang boleh juga menggunakan medium lain seperti :

➤ Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

➤ Mesin Juruwang Automatik (ATM)
Public Bank & Finance
AmBank
RHB Bank

➤ Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.

➤ Perbankan Telefon
Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
MBf "Call n' Pay" (Tel: 03-2167 7600)

➤ Pembayaran melalui akaun Maybank (Ampang Park) : No. akaun - 514057242404
Nombor Akaun - AmBank untuk IWK

➤ AmBank Pusat Bandar Damansara – 2292022000083
➤ Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)
Pos Malaysia
Bank Simpanan Nasional
AmBank

➤ Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)
Public Bank & Finance
Maybank & Mayban Finance
Bank Islam
EON Bank

➤ Pejabat Unit Indah Water

Keterangan lanjut boleh layari:
Website: www.iwk.com.my
Facebook: fb.com/IndahWaterKonsortium
Twitter: @iwkcomms


Sama-sama la kita menyumbang kepada usaha pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia...Jika tidak kita mulakan, siapa lagi?

Post a Comment

11 Comments

  1. ok ,baru tahu yg indah water kena bayar hehe

    ReplyDelete
  2. wah hehehehhee thanks kak sally for the info <3

    ReplyDelete
  3. YUp... terima kasih atas peringatan... nanti pergi bayar bil Indah Water Konsortium

    ReplyDelete
  4. Indah water kena bayar ke? Kenapa kena bayar? Apa perhidmatan yg disediakan...tak nampak pun. Kat kampung, berpuluh tahun tinggal tak pernah buang pun sisa....free jer. Kenapa nak kena bayar kalau tak berikan perhidmatan.

    ReplyDelete
  5. Bil x sampai pon...ker mcm mana

    ReplyDelete
  6. Untuk bayar online..perlu masukkan no bil atau no akaun pembentungan

    ReplyDelete
  7. Kenapa indah water tak ada jadual berkala untuk sedut tangki septik untuk taman perumahan yer? Kena call baru dtg, tp tiap2 thn bil bayar, mcm mane tu?

    ReplyDelete
  8. Kenapa x skali kan bil dgn syarikat air je.. Leceh nak byr byk bil.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!