CUISINES Poolside Bar & Restaurant at BEST WESTERN PREMIER The Haven, Ipoh

11:40:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


BEST WESTERN PREMIER The Haven, Ipoh

Dalam entri yang lepas, Sally ada janji nak cerita pasal CUISINES Poolside Bar & Restaurant yang berada dalam The Haven, Ipoh...Jadinya kalau korang kesana tak payah susah-susah nak cari makanan kat tempat lain...turun je ke sebelah pool tu dah ada tempat makan..hihihi...



Di CUISINES ni mereka tidak menggunakan sebarang MSG dalam makanan mereka...mungkin kalau korang yang suka makan MSG tuu akan rasa ada sedikit beza pada deria rasa korang...Sally tak...Sally suka sebenarnya makanan mereka ni...Walaupun tanpa bantuan MSG, tetap sedap dan berselera makan..hihihi...Bahan-bahan mereka pun dibeli di pasar pada setiap hari untuk menjaga kualiti makanan mereka..



Dalaman CUISINES sangat simple...tak serabut dan selesa dengan ada bahagian diluar dan didalam...dalam berhawa dingin dan kawasan luar untuk korang yang nak hirup udara segar...Makanan yang terkenal di CUISINES ni adalah Nasi Lemak (sarapan) dan Ipoh Chicken Rice (tengahari)...tapi sayangnya Sally tak dapat nak rasa dua-dua tu sebab masa check-in pun dah pukul 3 petang...tapi Sally dapat makan menu malam mereka yang special, Mediterranean Cuisine. Kalau korang nak makan Asian, Western atau menu local (Ipoh Favorites) korang boleh mintak jugak...



____________________________________________________________________________________________________________________

Mediterranean Cuisine
Makanan daripada Timur Tengah ni mmg pelbagai kan...dan yang penting tak ada nasi...awalnya Sally rasa macam Ya Allah...mana cukup makan benda-benda macam ni...sekali satu-satu menu dia bawa keluar, terus terdiam...sedapnyaaa...sekali sekala makan, memang seronok...

Tiga menu yang dibawah ni hanya appetizer okay...So, jangan nak buat muka lapar masa order..hihihi...setiap satu menu akan disertakan dengan roti naan yang nipis...hmm...rindunya nak makan lagi!


Hummus

Kalau korang yang dah biasa dengan menu Timur Tengah, Hummus ni merupakan hidangan daripada kacang kuda...kalau nak suruh Sally cerita macam mana rasa dia...susah nak terangkan..hihihi


Lebanese Tabouleh Salad

Yang ini ada rasa masam-masam sikit...salad ni mmg sesuai digandingkan dengan Hummus dan Moutabal...Daun pudina dan daun ketumbar dia yang buat kita rasa segar lepas makan tuuu...


Moutabal

Sebenarnya Sally baru kali pertama cuba Moutabal...Moutabal ni merupakan terung...Sally yang tak makan terung ni pun boleh makan Moutabal ni...sebab dia jauh sangat beza macam terung yang kita selalu makan...



Jujur kata Sally tak ingat nama air ni apa...hahaha...tapi ianya jus nenas...rasa dia tak berapa manis tapi mmg minum tuu tak cukup segelas..hihihi...Manis yang kita dapat tuu macam minum pure jus nenas..


Chicken Stick


Chicken Shawarma

Dua-dua menu ni sangat la sedap dan menepati citarasa Sally...Sally mmg suka makan daging...so, daging tetap menjadi pilihan Sally...setiap satu tuu digril dengan sangat sempurna...rempah perapan dia pun sangat kena dengan masakan tuuu..


New Zealand Beef Shawarma


Cheesecake
Untuk sarapan pagi, CUISINES juga ada menyediakan buffet untuk sarapan pagi...masa ni la kalau korang nak cuba Nasi Lemak mereka yang sedap...Buffet bermula pukul 7.00am-10.30am...SO, jangan bangun lambat pulak yer..hihihi...kang tak dapat makan...
CUISINES at Best Western Premier The Haven, Ipoh
Jalan Haven (Persiaran Lembah Perpaduan),
31150 Tambun, Ipoh,
Perak, Malaysia.

You Might Also Like

6 comments:

  1. bagusnya, restoran takde MSG! menu dia memang nampak sedap..dahla tepi pool..by the way, lawa layout baru blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorang nak selarikan dengan prinsip hotel dorang kan...semuanya sayangkan nature dan asli :)

      p/s : macihh! :P

      Delete
  2. Nampak menu makanan tu semua sedap lah dik sally...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, view restaurant cantik gilakkkk!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!