Bikers Kental : Daripada filem ke pentas teater.

8:00:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Teater Bikers Kental | Selepas kejayaan filem Bikers Kental pada pada tahun 2013, kini pengarah Nazrul Asraff Mahzan ingin mencuba nasib dengan membawa naskhah Bikers Kental ke panggung Istana Budaya...Jujur kata, Sally hanya nak tengok lawak Zizan Razak dan juga gandingan beliau dengan Awie dalam dunia nyata...Ternyata mmg tidak menghampakan..

Plot teater ni masih tidak lari jauh daripada penceritaan tentang dunia Mat Moto dan mereka yang menunggang motosikal berkuasa tinggi namun untuk teater ni, pengarah lebih menekankan penceritaan mengenai nilai dan hubungan persaudaraan antara penunggang motosikal...



Selain daripada mengekalkan dua teraju utama daripada filem, teater ni turut sama membawa mengambil pelakon Nadia Brian yang sedang meningkat naik, seorang pelakon wanita Thailand supaya jalan cerita lebih serasi seperti didalam filem. Teater ini turut sama dijayakan oleh Ameerul Affendi dan Kamarul Yusuf.

Sebenarnya, kalau daripada pandangan mata Sally, Sally rasa teater ni tidak boleh buatkan kita rasa teruja seperti mana dalam filem...kelebihan pada teater ni Sally lihat pada lawak daripada gandingan Awie dan juga Zizan serta beberapa aksi lasak, berlawan yang dibawa oleh Nadia Brian...selain daripada tuu tiada yang memberikan aura "teater" tuu...

Itu pada pandangan mata Sally laa...Sally tidak terlalu terbuka kepada teater jadi mungkin pandangan peribadi Sally ni ada silapnya pada mana-mana bahagian..hihihi...tapi, overall masih lagi memuaskan daripada segi lakonan semua pelakon...



Teater Bikers Kental terbitan MS Intergrated Sdn Bhd ini akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 23hb hingga 31hb Januari.

Tiket Bikers Kental boleh didapati di kaunter Istana Budaya atau boleh juga didapati menerusi pembelian di www.AirAsiaRedTix.com dengan harga tiket bermula pada harga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185 dan RM305.

You Might Also Like

7 comments:

  1. Kita tak pernah tengok teater lagi. Bilalah nak ada peluang ni.

    ReplyDelete
  2. Ahaaaa. Tak brp nk feel theatre ek hihi.

    ReplyDelete
  3. lagu-lagu dia sedap tak?ke takde? akak kalau tengok teater suka judge lagu..huhu

    ReplyDelete
  4. wow!dah update dahhhh..:)
    pandangan yang ikhlas,kalau org baca dgn positif...jadi positif laaa.. :)

    ReplyDelete
  5. tringin nk tgk teater.. tapi belum kesempatan

    ReplyDelete
  6. seronok tengok teater kan..rasa lain dari wayang, sebab live tengok diorang beraksi

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi tengok teater..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!