Meraikan ulangtahun Mamee ke 45 tahun di Mamee Jonker House, Melaka!

3:41:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments


Huwaaaa! Lambatnyaa Sally update pasal hari ulangtahun Mamee yang ke-45...Sally pernah buat live update masa kat Mamee Jonker House ni...Boleh baca kat [Live Update] Celebrating Mamee’s 45th Anniversary at Mamee Jonker House, Malacca

Ini kali pertama Sally ke Mamee Jonker House ... Sebelum ni tak pernah tau pun wujudnya tempat macam ni kat Melaka...yela...selalu kalau ke Melaka, mmg singgah ke Klebang atau ke area Dataran Pahlawan...Susah kan sebab selalunya ke Melaka sebab ada kerja jer...

Sally dapat invitation ke Mamee Jonker House ni masa Sally hadiri Majlis pelancaran Mamee Cool Tea! Lagi Cool, Lagi Best!.. Hehehe...dah alang-alangkan...pergi jela...nasib baik jugak bos kasi cuti...hikhikhik...Kami berkumpul di kilang Mamee di Subang Jaya sebelum ke Melaka...




Sampai je sana, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan...Untuk tour dalam Mamee Jonker House ni...Kat sini ada semua pasal Mamee, bermula daripada produk pertama mereka sehingga la kepada produk yang sedia ada...terasa macam bangga bila ada produk Malaysia yang masih gah dan sudah melebarkan sayap keluar negara....nak masuk ke galeri ni korang hanya perlu membayar RM5...Confirm tak menyesal...



"Lucky"

Kalau korang nak tau, Lucky ni merupakan produk pertama keluaran Mamee...ianya merupakan mee segera berperisa ayam...tapi mee segera ni tidak mendapat sambutan sampailah pengasas Mamee berjalan ke sebuah kampung dan terlihat kanak-kanak makan mee segera ni tanpa masak terlebih dahulu...Daripada situ laa terbitnya idea untuk mengeluarkan "Mamee Monster"...

Lepas berjalan ke galeri Mamee tuu... Kami dibawa ke Lil Monster Kitchen...Dalam ni kita boleh belajar cara nak hasilkan snek "Mamee Monster" from scratch! Kita boleh tengok yang takkan ada benda-benda terlarang yang mereka guna dalam penghasilan snek ni...dan yang penting...selamat dimakan!






Untuk masuk ke Lil Monster Kitchen ni kena bayar RM15 untuk setiap orang...Jangan risau sebab nanti korang akan dapat goodies bag yang berisi pelbagai jenis produk Mamee...Tak membazir la walaupun kena bayarkan...yang paling best dalam Little Monster Kitchen ni...part "Noodle Doodle"...haaa...ape benda pulak ni kan...



Dalam section "Noodle Doodle" korang boleh customized Mamee Cup korang sendiri...even ingredients pun korang boleh pilih nak yang mana...ada 6 pilihan tapi boleh pilih 4 jela..hihihihi...Terasa macam kanak-kanak balik bila dapat melukis bagai...hihihi...Habis segala jenis burung, rumput, rama-rama nak dilukisnya...



Ini hasil daripada blogger yang hadir sama dalam media trip ni...Maafkan sifat keanak-anakkan kami yer..hahahaha...

Lunch time!

Pihak Mamee belanja makan kat Mamee Cafe yang terletak tingkat bawah...Fuhhh! Makanan yang wajib korang cuba kat sini Mamee Chef Curry Laksa, Nasi Lemak, dan Hainanese Chicken Rice Ball...Dengar kata Hainanese Chicken Rice Ball yang Mamee Cafe buat ni boleh lawan kesedapan Ee Ji Ban Chicken Rice Ball...Haa...sejauh mana kebenaran dia korang kena la datang sini rasa...semuanya mmg HALAL dan selamat untuk dimakan tau...


Untuk korang yang ke Melaka, boleh laa luangkan masa ke Mamee Jonker House...ada macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sana...ada banyak goodies...boleh beli official merchandise Mamee dan macam-macam lagi...Untuk sesi "Noodle Doodle"...hanya ada dua hari sahaja yang dibuka...iaitu hari Sabtu dan Ahad...tiga sesi bermula pukul 11.30 am, 1.30pm dan 3.30pm...Pastikan booked dulu sesi korang tau...sebab setiap sesi limited...

Website:
Facebook:

Instagram:

Address:
No 46 & 48, Jalan Hang Jebat [Jonker Street], 75200 Melaka

Opening Hours:
Monday to Thursday 10.00am to 5.00pm
Friday, Saturday and Sunday 10.00am to 7.00pm
Closed on Tuesdays except for public holidays and eve of public holidays.

You Might Also Like

7 comments:

  1. Replies
    1. sedapppp! tapi takde la sampai gilaaa...kahkahkah

      Delete
  2. Replies
    1. kamon Farah! dah nak blk malaysia dahhh kannn...kahkah

      Delete
  3. Replies
    1. yup! serius best ni kak aiin...mohon segera kesana okay!

      Delete
  4. K.eyza pun baru je publish.. hihihi..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!