Macam mana korang asingkan sampah di rumah?

3:37:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments


Mesti pelik bila Sally tanya macam ni kan...tapi sebenarnya nak tahu jugak la macam mana orang lain uruskan sampah-sampah di rumah...sebab Sally tanya ni kan haritu kerajaan ada wajibkan beberapa negeri supaya mengasingkan sisa sampah mereka kepada yang perlu di kitar semula dan yang ingin dilupuskan...

Sally ni kat rumah mmg ibu asingkan bahan yang boleh kitar semula dengan bahan yang mmg ingin dilupuskan..hihihi...kat Kuala Lumpur ni banyak tempat yang ambil barangan kitar semula untuk memudahkan kita...bahkan ada yang membayar untuk semua "sampah" yang kita kumpul tu...

Ibu mmg dah lama kumpul barang-barang yang boleh kitar semula ni...contohnya macam tin susu, tin aluminium, botol plastik, surat khabar lama dan sebagainya..dan bila dah agak banyak, ibu akan suruh abang Sally untuk jual ke kedai yang mengutip barangan kitar semua...duit hasil daripada jualan tu selalunya ibu buat tambahan untuk membeli makanan kucing...korang pun tau Sally mmg bela banyak kucing kan...Jadinya dengan duit tu kuranglah sikit perbelanjaan untuk makanan mereka..Tak rugi pun rajin kan?



Sebenarnya Sally bukan lah rajin sangat nak buat benda ni...tapi Sally rasa kita kena ada kesedaran...cuba bayangkan kalau taman perumahan kita sekarang berakhir sebagai tapak pelupusan sampah...Masyarakat Malaysia mmg sangat kurang kesedaran tentang pentingnya kita menjaga persekitaran kita bermula sekarang...Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi?

Di rumah, Sally takde la menggunakan apa-apa cara yang istimewa, cuma ibu mmg dah sediakan plastik yang berasingan untuk setiap benda...Biasanya akan ada satu plastik untuk kertas dan surat khabar lama, satu untuk tin aluminium, satu untuk tin susu @ tin makanan dan satu lagi untuk botol plastik...Bagi Sally ni satu cara untuk Sally kurangkan kerja untuk pekerja yang mengangkat sampah...Jadinya mereka tidak perlu bersusah payah nak asingkan sebab Sally dah siap-siap asingkan...tak salah kalau kita bantu meringankan beban orang...



WASTE TO ENERGY

Sekarang ni kerajaan dalam proses menjalankan "Waste To Energy" yang mana kita cuba memproses dan menjana tenaga...haaa! Baru rasa nak tau macam mana kita boleh jana tenaga kan...Serba sedikit pasal tenaga boleh baharu, rasanya rata-rata daripada korang mesti pernah dengar kan..? Selalu kita dengar pasal tenaga solar contohnya...Contoh lain tenaga boleh baharu macam biogas, biomas, hidro...

Seperti yang korang tau, di Malaysia kita menggunakan bahan api fosil sebagai contoh arang batu untuk menjana kuasa. Malaysia juga terpaksa mengimport bahan api ini dari luar yang semakin lama bekalannya makin susut dan ini membuatkan kos untuk memiliki bahan api ini makin meningkat...Jadinya dengan program "Waste To Energy", pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah berusaha untuk menjadikan sisa pepejal yang dikumpul, diproses untuk dijadikan tenaga yang boleh digunakan..

Percaya la usaha kita yang kecil ni boleh memberikan impak yang besar jika kita jalankan secara berterusan, usaha kita yang kecil ni juga mampu memberikan kehidupan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang..

Jadilah pengguna bijak!

You Might Also Like

16 comments:

  1. akak belum buat pengasingan lgi... bru tgk ada stiker kat tong sampah.... memang kena buat selepas ni... hehehe

    ReplyDelete
  2. kertas je selalu asing sebab boleh jual.. haha

    ReplyDelete
  3. Salam singgah petang dik Sally...Akak kalau kat rumah tin² mesti kena asingkan sebab boleh buat duit...hihi

    ReplyDelete
  4. since kami tak masak.. kami xda buangan basah.. kalo ada pun sisa makanan buang cepat.
    tapi kalo kertas ke apa ke jual kat tempat recycle gak..

    ReplyDelete
  5. Klau surat kbr tu memg asingkn...tin lgi la blh jual hihi

    ReplyDelete
  6. Pengasingan sampah ni dah berkuatkuasa ke dekat semua tempat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula 1 SEPTEMBER 2015, pihak kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah..

      Delete
  7. Lepas ini sudah boleh buat pengasingan demi kelangsungan generasi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun Selangor, Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain masih belum dikuatkuasakan, tidak salah rasanya kalau kita mempunyai sedikit kesedaran dengan turut sama menyertai kempen pengasingan sisa pepejal isi rumah.

      Delete
  8. Kak aiza tak buat pengasingan pun.. rumah sewa kak aiza flat yang jenis buang sampah terus dalam lubang sebelah dapur tu.. cuma mak kak aiza suka kumpul botol, tin dan kertas..

    ReplyDelete
  9. betul kak Sally, kita setuju dengan kak Sally...usaha kecil kita ni sgt berguna untuk generasi akn datang kan...bumi ni nak pakai lama lagi kann... kita kena start dari rumah amalkan asing sampah mcm mak kak Sally buat ni, berbaloi pon yer...dapat duit uth, buleh buat beli makanan kucing kan.. bgus sebenarnya mak kak Sally buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...sebenarnya duit tuu akak jadikan umpan bila datang malas ni..hihihi...tapi bila dah jadi habit kita terus nak buat je selalu...kalau buang saja rasa sayang

      Delete
  10. btw nak ckp, mcm kak Sally asing dalam plastik lain2 kan....kita plak, sampah plastik duduk dlm satu plastik besar semua... segala food packaging cmpak dlm tuh... kalau smpah kertas, kita siapkan kotak besar, baling ja semua surat kabar dlm tuh.. kalau food packaging yang dri kertas, kita lipat2 masuk tong kertas...hihihi, sje nk share, sebab kita pon mcm mak kak Sally :D i loike asing sampah ni, hati rasa tak tenang kalau xaing properly... :D hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sally buat asing-asing macam tu supaya senang nak bawak...sebab tak nak la simpan sampai lama-lama baru nak pergi kitar semula...sampah tetap sampah...tak elok jugak la kalau simpan lama-lama

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!