Aroma Restaurant (Brickfields) - Authentic Indian Foods

12:47:00 PM Sally Samsaiman 4 Comments


Korang suka makanan India tak..? Sally mmg suka makan..hahahaha...tgk badan pun tau kan..Makanan india ni bukanlah makanan kegemaran Sally tapi kalau sekali sekala dapat makan tuu mmg syiok jugak...Haritu Sally dapat invitation daripada Foodpanda, salah satu medium untuk penghantaran makanan di Malaysia ni...Rasanya korang pun sure pernah dengar kan..? Dapat la invitation untuk makan di Aroma Restaurant yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur..

Masa masuk kedai ni actually nampak macam biasa-biasa je tapi makanan dia semua superb gilaa...Restoran ni dah ada 5 cawangan di seluruh dunia...termasuklah Chennai, Cochin, California, Brussels dan Malaysia...Rempah ratus yang digunakan semuanya import, chef dia pun import daripada India tau..hihihi...ada sebahagian bahan-bahan dia pun buat sendiri...Bayangkan cheese pun chef dia buat sendiri..Kiranya restoran ni mmg authentic Indian foods!

Percaya tak Kalau Sally cakap, banyak makanan yang Sally tak ambik gambar..hihihi...sebab Sally duduk sebelah bos dia...dia kata kalau sebelum makan ambil gambar, terasa kurang nikmat makan tu...Jujur kata mmg la sebenarnya...tapi dah nama pun kita nak review..takde gambar sape yang nak percaya? Kahkahkah..!


Yang ni Chicken Tikka (Chopped chicken tikka with onion and fresh herbs)...Rasa dia mmg fresh dan terasa herba-herba dia tu masa kita makan...appetizer je kot dah sedap macam ni...hahahaha




Yang ini Pepper Cauliflowers..Nama asal dia Sally tak ingat laa...bos kat sebelah pun makan tak hengat duniaa...makan macam dunia ini anaaaa yang punyaaaa...hahahaha...Sayangnya hanya ada untuk musim perayaan je...Kalau korang pernah dengar pasal 36-cut, semua bunga kobis ni akan dipotong menjadi 36 bahagian untuk satu-satu pokok tuu...so mmg akan sama besar dan setiap satu tuu terjaga laa kualiti diaa...hehehehe...


Alamak! Yang ni udang...tapi serius Sally tak ingat nama dia...dia sebenarnya udang yang dimasak dengan rempah ratus rahsia chef...Rasa dia seakan-akan macam blackpepper tapi bukan...sambal pun bukan jugak...Rasanya dia ni nama Prawn Pepper Fry kalau ikut kepada instinct Sally..hahahaha..

Kalau korang suka, korang boleh mintak nasi ataupun roti naan dia...dan believe me, you'll like their naan...Walaupun sejuk...korang akan tetap rasa dia lembut...takde kenyal...dan yang paling penting dia tak la setebal macam roti naan yang biasa kita makan tuu...


Dah masuk dessert dah...padahal ada banyak gila lagi makanan tau...aisehh! geram pulak bila lupa nak ambik gambar ni...yang ni antara dua signature dessert yang ada kat sini...tapi yang ni saje bos dia kasi dalam kuantiti yang sedikit...sebab benda ni manis kan dan dia nak bagi kita rasa dua-dua sekali...

Address :
Aroma Restaurant (Brickfields)
No. 19, Jalan Travers, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone : 03-2272 1749

10:00 AM – 10:00 PM

You Might Also Like

4 comments:

  1. nyummynya akak tengok makanan tu semua

    ReplyDelete
  2. Meleleh air liur tengok makanan sedap2 tu. Hahaha !

    ReplyDelete
  3. banyaknye mknn...nasib dah lunch..huhu

    ReplyDelete
  4. Yang gambar kedua tu memang nampak sangat menyelerakan :D

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!