SkinSoul Volume Attack Mascara

11:45:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


*kelip-kelip mata*

Maskara dan perempuan tu mmg susah nak terpisah...Sally sebenarnya takde la suka sangat guna mekap atau lebih spesifik guna maskara..hihihi...sebab bagi Sally bila guna maskara ni, rasa macam berat je mata...okay takde kaitan kan...hihihi...Sebenarnya Sally tak suka bila pakai tu rasa mata cantik sangat..hihihi...Nanti ramai yang dari mata jatuh ke hati..eh?

Hari ni Sally nak share dengan korang satu jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi, Skin Soul...tapi Sally nak cerita pasal maskara dia...Maskara daripada Skin Soul ni lain sikit daripada yang ada dalam pasaran tau...yang lainnya dia ada fungsi untuk melebatkan dan memanjangkan bulu mata kita! Haaa...best kan? Selalunya kita cemburu bila nampak bulu mata orang panjang, lebat kan...tapi Skin Soul bantu kita untuk dapatkan bulu mata yang panjang dan lebat dalam masa 8 minggu je!



Macam sebelum-sebelum ni...Sally ada cerita dengan korang pasal Skin Soul ni...yang bestnya produk ni mmg tiada paraben mahupun prostaglandin; dan yang paling penting Skin Soul menggunakan ekstrak Mulberry sebagai bahan utama...

Kenapa dengan Mulberry?

Ekstrak semulajadi yang terdapat pada Mulberry telah terbukti kaya dengan poly-nutrients dan vitamin yang mampu memberikan nafas baru pada folikel rambut, menyuburkan rambut, mengekalkan warna dan mengelakkan keguguran rambut. Fungsi antioksida yang ada dalam ekstrak Mulberry ni mampu melindungi folikel rambut dari kerosakkan..Rambut kat sini kita cerita pasal bulu mata la tau...

Haa! Ini la perjalanan nak dapatkan bulu mata yang panjang dan lebat...Kalau guna maskara yang lain semuanya panjang dan lebat sementara je, tapi maskara Skin Soul ni jadikan bulu mata kita panjang dan lebat secara kekal..Walaupun ambil masa untuk dapatkan tapi kira berbaloi la sebabnya kita dapat yang kekal, bukannya yang palsu yang kita kena pakai, siap gam bagai tu...Suka tak? Ini kalau Che Ta tau...dengan dia sekali pun tukar guna Maskara daripada Skin Soul..eh? Hihihi...


Kat sini korang boleh tengok macam mana maskara ni memanjangkan dan melebatkan bulu mata kita dalam masa 8 minggu...haaa...lepas ni jangan nak kata bulu mata tak panjang, tak lebat pulak...guna je maskara ni dan dapatkan mata yang cantik!

Harga bagi SkinSoul Volume Attack Mascara ni hanya RM195 sahaja...Nampak macam mahal kan tapi berbaloi la daripada kita nak pergi buat eyelash extension yang mahal dan menyakitkan tu...Paling kurang mascara ni korang mesti guna setiap hari...Hehehe..buat macam makan nasi, pakai hari-hari mesti dapat hasil yang seperti mana korang mahukan...

Kalau korang rasa masih lagi mahal, Sally nak share dengan korang code #SSSally yang boleh korang gunakan untuk dapat special price! Korang pergi je kemana-mana branch, Mid Valley pun okay...gunakan code #SSSally. Yang paling penting korang kena tunjuk yang korang dah sedia follow blog Sally dan dah like Facebook Skin Soul.

Dengan code tersebut, korang akan dapat:
  1. Membeli SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan harga promosi, hanya RM388 (NP: RM500)
  2. Korang jugak entitled untuk mendapatkan SkinSoul SkinShield Set yang berharga RM100 dengan setiap pembelian minimum RM100 atau lebih dalam satu resit yang sama. 

**T&C Applied

So, cepat-cepat singgah mana-mana kedai SkinSoul dan gunakan code #SSSally tau!

SkinSoul Boutique
Level LG077, MidValley MegaMall

Website
http://www.skinsoul.com.my/

Facebook
https://www.facebook.com/skinsoul

You Might Also Like

6 comments:

  1. Sally sama dkt Fida..kalau pakai maskara...mata mulalah nak pejam.mengantuk sgt...

    ReplyDelete
  2. wow ! kak zaza pun jrg sangat pakai maskara.. kalau mood rajin baru pakai hehe.. simple dgn eyeliner n lipstik je..

    ReplyDelete
  3. Xpernah pakai maskara sbb takut comot .. ahaha

    ReplyDelete
  4. Wow. Saya pun jenis tak pakai maskara. Kalau pakai pun sebab nak main2 je. :P

    ReplyDelete
  5. Wah wah.. Mmg padan dgn harga Ni..hehe

    ReplyDelete
  6. kak aiza jarang pakai maskara.. selalu pakai celak je untuk mata..

    tapi nampak menarik juga maskara ni sebab boleh lebatkan bulu mata.. memang berbaloi la dengan harganya.. ;)

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!