Sekitar Majlis Pelancaran Rangkaian Pembersih Muka terbaru daripada SAFI - SAFI Men

12:58:00 PM Sally Samsaiman 18 Comments


Sally's version!

Yeay! Sally tau ada jugak yang follow pasal event ni kan...elehhh...nak tgk sape...macam la Sally tak tau kannn...hahahaha...okay laa...sebelum mereka yang tak tau pasal ape Sally bebel ni...Sally nak cerita tentang apa yang jadi sekitar Majlis Pelancaran Rangkaian Pembersih Muka terbaru daripada SAFI - SAFI Men...

Majlis ni diadakan di Glasshouse at Seputeh...kepada korang yang tak tau boleh la Google kat mana kedudukan tempat ni...Sally suka environment sekitar Glasshouse ni...macam kita ni ada dalam sangkar laa...tapi sangkar kaca...semua benda kita boleh nampak kat luar...yang tambah best bila kawasan ni macam terletak di lerengan bukit...so, nature view!





Masuk je tengok ada meja ni tesergam indah..okay so mmg confirm la tak salah tempat kan...Sally sebenarnya sampai agak awal kat sini...sebabkan ingat macam jauh tapi lorrr...duduk dalam kereta tak sempat rasa aircond sejuk dah sampai...haaa...dekat sangat kan..?



Majlis start dalam pukul 2.30...Sally sampai pukul 1.15 okay! Hahahaha...gila pantas kan...Majlis dipengerusikan oleh Hefny Sahad...Haaa! Sally pun macam terkejut bila dia tegur Sally...tegur bukan sebab kenal tapi sebab majlis dah nak mula tapi Sally tak reti nak duduk..hahaha...malu kita dia tegur sambil sebut kat microphone okay! kekeke...

Lepas dengar kata aluan daripada Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy...Emcee terus perkenalkan duta kepada SAFI Men...yang elok turun daripada tingkat dua guna tangga yang macam selalu guna masa nak naik helikopter tu..hahahaha...Sabar jela...ingatkan kenapa la ada bunyi siren bagai...rupanyaa...duta dia nak turun...kira macam gimik la tuu...

Well, rasanya dah tau kan sape duta SAFI Men kannn...



Okay, duta untuk SAFI Men merupakan pelakon yang sedang meningkat naik, Fattah Amin...Rasanya ramai yang kenal kan walaupun ada kawan Sally mesej tanya sape Fattah Amin...kahkah...sentap tau kalau Fattah baca neh...yang sebelah tu emcee untuk petang tu, Hefny Sahad...

Dalam majlis ni pun Fattah ada kongsi serba sedikit tentang cara penjagaan diri yang dia buat setiap hari...

“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.”





So, guys! Jangan lupa dapatkan semua variasi ni eh...Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!



Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my



Belanja sikit laa gambar tuan punya blog dengan duta...Bukan selalu boleh bagi korang jeles kan...Hahahahaha...Rasanya lepas ni ada lagi produk yang Fattah akan jadi duta...So, nnt Sally amik lagi gambar dengan dia ye...Saje nak bagi korang jeles..mihmihmih



Tadi Fattah Amin, yang atas ni "Fattah Abis la kotak akuuu"

Cheers!

You Might Also Like

18 comments:

  1. eeeeeee bergambar ngan fattah amin. jelesnyaaaaaa :(( untung jadi kak sally ni selalu kena invite pegi majlis2 macamni huhu

    "fattah abis la kotak aku" HAHAHAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...yes! ada orang jelesss..hahahaha...takde la untung mana...kadang je ada dik oiii

      Delete
  2. rajinnya akak sally g event ! terbaikkk :D
    EHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
    ^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
    JOM TERJAH BLOG SYIRA :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada rezeki kita pergi jela Syira...

      p/s : tahniah utk buku! :D

      Delete
  3. hahahahaHAAHAHh kak sally sempat lagi ohhh buat lawak hahahaha
    yang kena tegur dgn hefny tu pun lawak ok uhuhuhu

    psst kak sally best tak guna safi? :D huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lawak...seloroh je tu..hahahaha...

      p/s : akak suka set White Trilogy...sbb berangin macam ais!

      Delete
  4. dapat gak invitation ke event nie . koje lah x boleh pegi hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alohhhh..yeke...event next week pergi ke tak?

      Delete
  5. Mesti ramai yang datang kan.sebab ade jgk baca blogger lain yg update pasal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jugak blogger dan media...mgkn sbb majlis pelancaran kan...so ramaii la dorang invite :)

      Delete
  6. hahaha kelakarlah ayat last tu x'D encemnyeeee fattah. bestlah korang yg duduk sana blh join byk event wuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...saje je lawak selingan tuu...utk mereka yg berduka lara..kahkah...huhuhu...duduk manaa tuu?

      Delete
  7. Errrrr, kita tak kenal Fattah Amin ni. hiks.

    ReplyDelete
  8. wah, macam tinggi je baliau tu,,, tahniah sally, saya sedikit jeles wpun baru kenal fatah amin tu kat sini,,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guana nampak macam tinggi dia mmg tinggi laa....Sally berdiri sebelah pun sampai bahu dia je okay...hihihi

      Delete
  9. hahaha i scroll nak tengok ahbam je oookay =P alallaala..

    ReplyDelete
  10. Hihi.. lucu ayat last tu sally.. best dapat jumpa fattah.. tingginya dia..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!