3 variasi rangkaian pembersih muka terbaru - SAFI Men

8:51:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments




Sebelum ni Sally ada cerita pasal pelancaran produk penjagaan muka terbaru daripada SAFI iaitu SAFI Men kan...So, harini Sally nak share la pasal 3 variasi yang ada untuk para lelaki kat luar sana tu...Sally pun dah bagi abang Sally guna yang 'Dynamic White' sebab muka dia mmg agak kusam sedikit...mungkin sebab terlalu terdedah pada matahari kot...Harapnya lepas ni bertambah baik la muka dia..

Seperti yang korang tau, SAFI Men ni diformulasikan daripada H2O Cool Cactus! Yup...real punya pokok kaktus tau tapi jangan risau sebab mereka takde la ambik spesis yang dilarang...yang Cool Cactus ni dia punya fungsi lebih kurang macam aloevera...haaa...jangan risau okay, yang penting SAFI jenama penjagaan muka halal nombor 1 dalam Malaysia!


Pembersih Muka SAFI Men Dynamic White


Direka khas untuk jejaka yang mempunyai masalah kulit kusam.

Formulasi H2O Cool Cactus melindungi kulit daripada cuaca panas dan kering. Dengan kandungan Whitenol, pembersih ini mampu menyerap jauh kedalam lapisan epidermis bagi mengurangkan penghasilan melanin yang menjadi punca kulit kusam. Saiz Micro Beads yang kecil mampu membersih dengan mendalam serta menanggalkan sel kulit mati. Bila dah cerah semulajadi barulah ori kan! Takpe...sekali sekala tak payah..KPOP original version oo! hihihi


Pembersih Muka SAFI Men Oil Control Clay


Ciptaan khusus buat jejaka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak.

Kombinasi unik H2O Cool Cactus dan Kaolin dapat mengawal pengeluaran minyak serta memberikan kesegaran yang nyata kepada kulit muka. Dengan kehebatan Bamboo Charcoal yang menyerap pantas kedalam kulit dan pori tersumbat, ia dapat mengeluarkan toksin secara efektif. Tampil segak bergaya dengan kulit bebas minyak!



Pembersih Muka SAFI Men Acne Buster

Rekaan spesifik buat jejaka yang mengalami masalah jerawat

Gabungan inovasi H2O Cool Cactus dan Anti-Bac memberikan kesegaran sepanjang masa serta melindungi kulit daripada pembiakan bakteria. Dengan tambahan Mushroom Extract, ia membantu mengecilkan pori bagi menghalang habuk dan kotoran daripada tersumbat yang menyebabkan penghasilan jerawat. Rasai kenikmatan kulit bebas jerawat dan bersih alami.

Okay, dah tau yang mana sesuai untuk adik, abang, ayah, tunang, suami korang dah..? Hehehe...Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama....Kat kedai runcit Ah Tong, Pasar Mini Manikam pun mesti ada punya..hihihi..Jangan lupa dapatkan satu ye!

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men, korang boleh la layari laman web SAFI, www.safi.com.my

You Might Also Like

7 comments:

  1. bgs gak ni... leh beli tuk husband... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la cuba kak Sheila...mana tau sesuai ke kan... :)

      Delete
  2. Sekarang ini tengah guna Hada Labo ,,teringin jugak nak try safi men ini tapi memandangkan hada labo tuh pon masih lagi baru guna rasanya tangguh dulu la niat nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hada Labo pun bagus jugak dengarnya...mungkin kalau tak sesuai boleh tukar SAFI pulak ke lepas ni :)

      Delete
  3. ahbam ahbam lepas ni semua gojes laaa cem gegurl..

    ReplyDelete
  4. Bagus betul safi.. variasi rangkain produk sesuai untuk lelaki dan wanita.. yang penting ianya dijamin halal..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!