Systema 3D Roadshow & Systema new 3D Clean Toothbrush

11:41:00 AM Sally Samsaiman 3 Comments


Ahad lepas, Sally ke One Utama untuk Systema 3D Roadshow yang mana diadakan untuk memperkenalkan berus gigi terbaru mereka, SYSTEMA 3D CLEAN...Jujur kata Sally tak pernah cuba berus gigi ni...Sebabnya mahal je pun...

Dulu Sally selalu beli berus gigi yang murah...yang keras...tapi lama-lama Sally perasan yang bila guna berus gigi yang keras...Gusi selalu luka dan berdarah...kiranya setiap kali berus sure akan berdarah...Pada awalnya ingatkan itu perkara biasa bila kita memberus gigi...tapi lama kelamaan...baru la Sally faham yang berus gigi tu sebenarnya tak sesuai dengan Sally..



Masa Sally hadiri Systema 3D Roadshow tu, Sally diperkenalkan dengan satu lagi inovasi terbaru berus gigi mereka, SYSTEMA 3D CLEAN. Ia merupakan berus gigi pertama dengan bulu berus 3D Multi-Cleaning 0.02mm dan pembersih lidah yang direka khas untuk membersihkan setiap bahagian mulut termasuk bahagian yang sukar dicapai.

Kalau nak dibandingkan berus gigi yang Sally guna sekarang dengan berus gigi SYSTEMA 3D CLEAN ni, ada banyak beza...ada yang lebih baik dan ada yang tidak...SYSTEMA 3D CLEAN ni Sally suka rekabentuk dia dan fungsi berusnya...

SYSTEMA 3D CLEAN mempunyai 5 kebolehan ‘multi-cleaning” untuk pembersihan menyeluruh 3D:
  • Hujung Berus Tipis Spiral – Hujung berkuasa untuk mencapai gigi belakang bagi mengeluarkan lebih plak
  • Bulu Berus Pendek Di Pusat – Membersihkan permukaan gigi dan permukaan mengunyah dengan lebih baik.
  • Bulu Berus Panjang Di Tengah – Menembusi celah-celah gigi untuk menanggalkan sisa makanan.
  • Bulu Berus Panjang Di Bahagian Luar – Menembusi jauh kedalam garisan gusi untuk mengeluarkan 9X lebih plak
  • Pembersih Lidah – Menanggalkan lapisan makanan dan bakteria punca nafas berbau pada lidah.

Tapi...Sally tak suka pada saiznya...Saiz berus gigi Systema 3D Clean ni sangat kecil (pada Sally)...Sally selalu memberus gigi, tapi berus tu mempunyai diameter yang lebih lebar...Jadninya Sally rasa macam dia sangat berkesan dan boleh meliputi setiap pelusuk gigi Sally...Macam yang Sally cakap tadi...Ada beberapa part yang berus gigi Systema 3D Clean lebih bagus daripada berus gigi yang Sally guna sekarang dan sebaliknya...



Masa Sally cuba berus gigi ni di Systema 3D Roadshow yang lepas, mereka bagi Sally makan popcorn dulu...Macam yang korang tau...bila kita makan popcorn, selalunya akan ada serpihan yang melekat pada gigi...tapi lepas Sally gosok gigi...mmg rasa bersih sangat-sangat! Fungsi berus Systema 3D Clean ni mmg sangat bagus tapi Sally rasa Systema 3D Clean ni tak berapa sesuai dengan gusi Sally...Sally ada slightly bleeding gums masa guna...tak tau la either sebab berus baru atau sebab Sally gosok agak kuat....

Tapi secara keseluruhan, Sally suka dengan fungsi yang ada pada berus ni...cumanya kalau saiz dia lebih lebar...mesti Sally selesa pakai kan...hihihi...Suka hati je nak suruh orang buat berus gigi ikut suka kita kan...hahahaha...Takde laa...kita bagi suggestion je...mana tau kot ada orang kat luar sana sependapat dengan Sally ke kan...



Jika nak dibandingkan dengan berus gigi biasa, berus bulu tirus macam Systema 3D Clean ni berkebolehan membersih 9 kali lebih baik, disamping dapat mengurangkan tekanan ketika memberus sebanyak 66%.

Berus gigi Systema 3D Clean ni juga lebih fleksibel, dan memberikan kesan pembersihan yang efektif dan selesa. Kalau korang nak cuba berus gigi baru, boleh la mencuba Systema 3D Clean ni..InsyaAllah...gigi kekal bersih, gusi sentiasa sihat dan nafas kekal segar walau apa jua yang korang makan.

You Might Also Like

3 comments:

  1. sebelum ni selalu jugak pakai systema...
    suka berus dia sebab saiznya halus... tapi kecik sangat n tak tahan lama... sebulan lebih dah kembang berus tu..

    ReplyDelete
  2. ahaha gambar Sally berus gigi selamanya win

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!