10 Years Restaurant - Meraikan Sajian Warisan Malaysia

9:41:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments

Sally suka makan...serius...tapi kalau tak cakap pun sure korang paham kan...Pernah dengar tak orang kalau teringin sangat nak makan sesuatu dia akan pergi ke negeri mana makanan tu terkenal, kalau nak makan Nasi Kerabu mesti ingat Kelantan, kalau nak makan Nasi Kandar kita sanggup meredah Penang dan kalau Nasi Kuning mesti ingat Sabah dan sebagainya...







Percaya tak kalau Sally cakap...korang boleh cari semua makanan yang terkenal di negeri masing-masing di bawah satu bumbung? Haaa! Ini Sally nak kenalkan dengan satu restoran baru yang korang boleh cuba untuk rasa makanan dengan resepi yang asli...10 Years Restaurant yang terletak di Sri Petaling...kenapa 10 Years nama dia..? Basically sebab semua resepi yang mereka sajikan ni dah berusia lebih daripada 10 tahun dan dalam kepercayaan orang cina, perniagaan mereka akan mengalami jatuh bangun setiap sepuluh tahun...









Di restoran ni paling syok sebab dekorasi dia mengingatkan kita pada zaman 70an-90an dulu...Bayangkan dalam satu kedai kita boleh rasa dalam 3 zaman yang berbeza...Jujur kata Sally suka environment kedai dia..cantik dan sangat selesa...Okay, serius Sally tak mengampu tau...

Sally memang suka sangat makanan dekat sini...So, Sally nak belanja korang gambar makanan yang best kat sini...Serius korang kena rasa...Walaupun bukan 100% rasa dia sama, tapi Sally boleh guarantee yang rasanya akan sama dalam kurang lebih 80%-95%...

Walaupun menu utama ni kebanyakkannya daripada warga cina, tetapi chef cuba untuk menggunakan bahan yang halal dan menepati syarak...sebab tu jugak la rasanya akan ada slightly different daripada yang asal dan jangan risau, sebab restoran ni sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil HALAL...



Mee Udang Jalan Chong Fatt Sze (Penang)



Nancy Kitchen Nyonya Laksa (Melaka)



Abu Pasembur



Nasi Dagang Kak Pah (Terengganu)



Tiger Char Kuey Teow (Penang)



Shun Fa Restaurant Chicken Rice (Kuala Lumpur)



Nasi Lemak Jalan 223 (Petaling Jaya)

Bak kata CEO 10 Years, Mr Victor Bong...mereka dalam proses untuk menambah lebih lagi menu yang terkenal di seluruh Malaysia...Sally seriously recommend korang rasa Tiger Char Kuey Teow tu...mmg terbaik! Resepi yang dah bertahan selama 62 tahun tau...dan yang special sebenarnya pada kicap yang mereka gunakan...mmg ada kelainan daripada Char Kuey Teow yang pernah kita makan...

Sebenarnya ada banyak jenis makanan yang mereka sajikan...tapi ini merupakan specialty kepada restoran ni...A huge respect to Chef Arthur Lim, sebab dapat master semua jenis masakan ni...Setiap jenis masakan ni dimasak setiap hari ye...takde preheating semua...so, kalau nak rasa kena pastikan datang awal!



TEN YEARS RESTAURANT
No 1, Jalan Radin Bagus 6
Bandar Baru Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur
03 - 9054 9688

You Might Also Like

10 comments:

  1. thanks sally share this, akhirnya I dapat tempat nak celebrate my sis Nye besday yehaaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay! Selamat Hari Jadi utk kakak in advance ye! :)

      Delete
  2. wah..best sally,nak makan makanan semuanya ada kat situ di bawah satu bumbung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius mmg seronok kak...Sally rasa macam nak makan semua benda :D

      Delete
  3. Replies
    1. bukan setakat menarik, makanan dia pun sedap jugak :)

      Delete
  4. senang ni klu selera masing2 xsama..

    ReplyDelete
  5. ya Allah terliur kita menengok....bestnya kalau dapat makan semua ni esok!!! arrghhh stegheeesss

    ReplyDelete
  6. Semua pun nampak menyelerakan!

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!