KEMBARA SEGAR & BERSERI SAFI FRUITY FRESH

10:46:00 AM Sally Samsaiman 7 Comments


Memahami fasa perubahan diri seorang gadis, SAFI jenama Halal No.1 Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rangkaian pembersih wajah asas yang sesuai untuk kulit remaja. SAFI membawakan anda SAFI Fruity Fresh, pembersih wajah yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas. 


Dengan objektif ingin mendidik remaja cara penjagaan wajah yang betul. Kempen Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity fresh sedang giat diadakan di 200 sekolah-sekolah terpilih Semenanjung Malaysia. Baru-baru ini, wakil media telah dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, bertempat di Jalan Klang Lama untuk turut serta dalam aktiviti bersama para pelajar.

Kempen fasa pertama ini  ini disasarkan untuk memberi didikan asas secara langsung berkenaan penjagaan wajah kepada 60,000 pelajar perempuan berumur sekitar 12 tahun hingga 15 tahun. Dengan panduan dan tunjuk ajar daripada fasilitator, pelajar dapat mengaplikasikan teknik penjagaan serta merta tanpa berasa ragu-ragu.

Aktiviti Kembara Segar dan Berseri bersama SAFI Fruity Fresh dimulakan dengan pendedahan asas mengenai struktur kulit wajah seperti lapisan dermis dan epidermis. Pelajar turut diberikan gambaran keadaan yang berlaku pada wajah mereka apabila mencapai umur baligh. Dengan menggunakan kertas penyerap minyak, para pelajar diajar cara untuk mengenalpasti jenis kulit samada kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, ataupun campuran kulit kering dan berminyak. Sukarelawan dari kalangan pelajar turut tampil kehadapan dan cuba melakukannya sendiri. 


Setelah memahami jenis kulit wajah setiap individu, fasilitator akan menerangkan faktor yang menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam pada wajah. Langkah merawat dan mencegah akan diterangkan dengan terperinci agar cara yang betul dapat diaplikasikan sendiri oleh pelajar.


Di akhir aktiviti, pelajar akan diajar cara membersih wajah dengan betul menggunakan SAFI Fruity Fresh. Demonstrasi akan dilakukan oleh fasilitator agar kaedah penggunan dapat diaplikasi dengan betul. Diperkaya dengan 100% buah-buahan SAFI Fruity Fresh amat sesuai untuk setiap jenis kulit wajah.

Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. Dengan tiga variasi berbeza SAFI Fruity Fresh, ia memberikan aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.


Produk SAFI Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kita nikmati khasiat buah-buahan untuk tampil segar dan berseri sepanjang hari. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari,
Facebook : SAFI Malaysia
Instagram : @safimalaysia

You Might Also Like

7 comments:

  1. Salam singgah pagi..
    Melawat kawasan hihihi...

    ReplyDelete
  2. kak sally, kita ada tag akak, nanti singgah dan support ea.. hehehe http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  3. safi....hmmmm....
    Sy pengguna tegar..haha
    #support

    ReplyDelete
  4. tak guna safi ni...ni review produk punya entry ker...dapat job dari safi yea sally...rezeki..

    ReplyDelete
  5. wah..bestnya.untunglah budak-budak sekarang kan.

    mak aih,besarnya botol safi tu.hehe.

    ReplyDelete
  6. hehehe pakaging lawa weh.. sesuai la ngan adik2 sekolah hehe..

    ReplyDelete
  7. Tak sangka pula Safi akan promote barang-barang dia dekat sekolah. Interesting.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!