...and...I had no idea why....

11:00:00 AM Sally Samsaiman 4 Comments


Benda ni berlaku masa bulan Ramadhan yang lepas...Masa tu tgh seronok berborak dengan ibu dan tiba-tiba Sally cakap, "Rasa macam nak berpuasa kat luar negara la tahun depan..."

Jujur kata tak tahu kenapa...tapi rasanya sebabjiwa travelers Sally ni membara, tu yang tiba-tiba ada idea yang lain tu...Sally bukan la nak berpuasa penuh sebulan kat satu-satu negara tu...tapi mungkin 2-3 hari di setiap negara...nak tengok macam mana culture orang berpuasa di negara lain...ada ke bazaar...


Macam mana org luar Malaysia buat terawih, berapa jam dorang berpuasa, macam mana cuaca kat sana masa tgh berpuasa...semua tu buat Sally rasa nak menjengah...mungkin tak jauh, di negera Indonesia atau Vitenam atau Laos atau Filipina ke kan...saje nak tengok macam mana kekdahnya berpuasa dinegara asing...

Bukan la Sally tak bersyukur ada di Malaysia, banyak invitation untuk majlis berbuka puasa, banyak bazaar, ada kepelbagaian masakan yang hanya wujud bila tiba bulan Ramadhan...Sally bersyukur, syukur sangat...tapi kadang-kadang tu curiosity ni melebihi apa yang kita baca, apa yang kita nampak...

Ada tak yang pernah terlintas macam Sally? 

You Might Also Like

4 comments:

  1. Datang Canada la kak Sally! Rasa macam mana puasa 19 jam. hehehe :D

    ReplyDelete
  2. peh peh go kak sally go!
    nanti boleh cerita dkt kitorang wuhuww~

    ReplyDelete
  3. Dik sally dah ada pengalaman nanti jangan lupa kongsi dengan kita yer....

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!