Resepi | Fish & Chips

12:52:00 PM Sally Samsaiman 11 Comments



Salam Aidilfitri!

Resepi ni Sally buat masa bulan Ramadhan yang lepas...entah kenapa asyik teringat je nak buat...disebabkan malas nak makan kat luar dan takut tak cukup...Jadinya Sally buat aje laa...Malas nak fikir banyak...terus bergegas ke kedai, cari ikan dory!

Tapi...terus terang la Sally ni mmg pemalas...kalau tengok resepi semuanya buat batter sendiri...tapi Sally malas, pakai je tepung tempura..kehkehkeh...

Bahan perasa untuk ikan:
~ 3 keping ikan dory (atau ikut la berapa kuantiti korang nak)
~ Serbuk lada hitam
~ Garam
~ Lemon (optional)

Cara nak perasakan:
~ Basuh ikan dory dan keringkan (guna paper towel atau kain bersih)
~ Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam
~ Perah sedikit lemon kalau suka

Cara-cara nak masak:
~ Grill ikan yang dah diperasakan tadi dengan minyak yg sedikit (supaya tak melekat) sampai agak-agak separa masak.
~ Sejukkan sedikit ikan yang dah grill
~ Campurkan tepung tempura dengan air
~ Panaskan minyak...pastikan betul-betul panas sebelum goreng
~ Celupkan ikan tadi dalam tepung dan goreng

Senang je kan..? Tapi ini mmg resepi kanak-kanak pemalas macam Sally...hahaha..lepas tu buat la coleslaw sikit...Goreng kentang (instant jugak), celur kacang buncis, letak salad dengan tomato...dah siap...Kalau rajin lagi boleh cari sos tartar masa pergi membeli barang tu..hihi...Tak pun makan je dengan cili sos dan mayonis, pun sedap!

Boleh juga buat juadah masa raya, tapi pastikan time tak ramai orang la....sebab ikan dory mahal! hahahaha...

Selamat mencuba!!

You Might Also Like

11 comments:

  1. Thanks share kak Sally. Nampak sodap laa.. In shaa Allah nanti nak cuba ^^

    ReplyDelete
  2. Saya dekat sini, beli je fish and chips. hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Saya suka makan fish and chips! Ikan dory ni sedap gila, lembut je. Thanks share resipi!

    ReplyDelete
  4. Perghhhh.. nak cuba buatlah.. ;)

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing the recipe. I love fish n chip too.

    ReplyDelete
  6. Ok blh try buat mkn t.hari ni

    ReplyDelete
  7. hehehe rajinnya Sally.. i is malas you.. macam mana ?
    tau nak makan saja..

    ReplyDelete
  8. Wow, sedapnyer! Nak try lah pasni...

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!