Double Serum Premium & Whitening Soap Premium by Babeskin365

3:15:00 PM Sally Samsaiman 3 Comments

Semua orang dah review, Sally ni baru nak review kan..hihihi...

Babeskin365 mungkin korang tak pernah dengar, tapi kalau sebut BeautyOat, sure korang kenal kan? Kali ni Sally nak cerita produk kedua keluaran Babeskin365, Double Serum Premium dengan Whitening Soap Premium dia.



Kalau nak dibandingkan krim dan serum, sebenarnya serum lebih mudah menyerap daripada krim...tapi dalam entri ni Sally bukan la nak menipu ye...tapi mmg bukan Sally yang pakai...Sally gunakan khidmat ibu...sebab dia dengki kalau nampak Sally pakai produk baru...jadinya secara 100% produk ni digunakan oleh ibu...

So, jom kita tengok!



Produk ni datang dengan Whitening Soap Premium, which is merupakan sabun yang kaya dengan Vitamin A, C & E yang menjadikan kulit lembut, licin dan cerah secara menyeluruh. Ianya membantu membuang kotoran dan minyak berlebihan serta menghilangkan jerawat di muka dan badan. Yang best sekali sabun ni sesuai untuk semua jenis kulit!

Antara kebaikkannya:
  • Melembapkan kulit
  • Melegakan kulit yang mengelupas
  • Mencerahkan dan mencerahkan kulit
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Mengurangkan noda dan bintik-bintik hitam

So, dah settle dengan tu, kita tengok pulak siri Double Serum Premium. Dalam siri ni ada 2 jenis serum, yang pertama Repairing Booster dan yang kedua, Ultimate Mega Lift. Kedua-dua serum ni mempunyai tugas yang berlainan tetapi boleh digabungkan untuk mendapatkan wajah yang lebih mulus!

Antara kebaikkan Repairing Booster & Ultimate Mega Lift





Ingredients:

Whitening Soap Premium | Sodium Palmitate, Lactic Acid, Glycerin, CI 19140, CI 15985, Fragrance, Sodium Lactate, Methychloroisothiazolinone and Methylisothiazolinone, Virgin Papaya Extract.

Reparining Booster | Water, Butylene Glycol, Propanediol, Mandelic acid, L-Arginine, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance

Ultimate Mega Lift |Water, Butylene Glycol, Beta-Glucan, Acetyl Hexapeptide-8, Galactoarabinan, Glyceryl Polyacrylate, Sodium Hyaluronate, Dipotassium Glycyrrhizate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, L-Arginine, Fragrance

KKM..?
Jangan risau...setiap satu daripada produk mereka mmg dah DAFTAR dengan KKM!

KKM NOT NO: NOT150405315K (Whitening Soap Premium)
KKM NOT NO: NOT150404337K (Repairing Booster)
KKM NOT NO: NOT150404338K (Ultimate Mega Lift)

Review pada kulit wajah ibu?

Ibu Sally ni mmg ada banyak jeragat...terutama pada bahagian bawah mata dia...jeragat tu pun dah agak lama...jadinya dalam tempoh pemakaian sebulan ni masih takde la flawless, cuma tompokkan jeragat tu agak berkurang dan makin hilang...mungkin nak dapatkan wajah yang mulus kena stay lama lagi...



Tapi untuk kulit muka, ibu kata kulit dia rasa lembap dan nampak lebih cerah...Dia suka bau sabun yang wangi...macam daun pandan katanya...hahahaha...overall, muka ibu nampak tegang dan lebih bermaya...cuma jangan expect nak dapatkan kesan yang sangat hebat kalau jenis parut yang dah berbelas tahun kat muka...

Pakai produk ni kadang tak okay, ada yang okay...tapi so far yang ni okay dengan ibu, cuma belum hilang sangat parutnyaa..



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai produk ni atau ada sebarang pertanyaan berkaitan produk, korang boleh berhubung dengan wakil mereka..WhatsApp je...sure dapat jawapan sepantas mungkin!

Website: babeskin365
Instagram: babeskin365official
FB: babeskin365official
Email : babeskin365@gmail.com
WhatsApp : 012-244 4014 (Nurul) | 012-244 4041 (Jane)

You Might Also Like

3 comments:

  1. bab bab hilang jeraagat ni mak CT mesti suka.. dia dok survey dua tiga produk..
    kaler sabun tu cantik..

    ReplyDelete
  2. Terbaikk..
    Comel makcik modell

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!