Resepi | Kuih Puteri Mandi versi IDEAL Susu Sejat Penuh Krim

2:17:00 PM Sally Samsaiman 17 Comments


Dalam entri Demonstrasi Memasak menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob, Sally ada share pasal beberapa resepi kan...dan ada resepi yang Sally dah dapat buat..hihihi...semuanya untuk makanan manis semasa berbuka puasa laa...

So, harini Sally nak share resepi kuih Puteri Mandi..

Bahan-bahannya:

Bahan A (Pulut)
250g tepung pulut
150ml air (anggaran)
3 jenis pewarna (ikut korang la)

Bahan B (Kuah)
3 sudu besar gula melaka
daun pandan
365g IDEAL Susu Sejat Penuh Krim
300ml air (lebihkan kalau korang tak suka manis)


Cara-caranya:
  1. Campurkan air dalam adunan tepung pulut tadi...masukkan sedikit demi sedikit air supaya adunan tak terlalu lembik, asal boleh bentuk je dah cukup...kurang lebih macam nak buat kuih buah melaka.
  2. Buat bentuk bulat-bulat kecil dan tekan ditengah-tengah dengan ibu jari.
  3. Rebus adunan tu dalam air panas dan angkat bila dah masak, macam mana nak tau dia dah masak? Adunan tu akan timbul bila dah masak.
  4. Untuk kuah, masak gula melaka dengan air sampai gula tu cair.
  5. Masukkan IDEAL Susu Sejat Penuh Krim dalam adunan dula melaka tadi sekali dengan daun pandan, tambah air sikit kalau terlalu pekat.
  6. Campur adunan tepung pulut yang dah masak tadi dan sedia untuk dimakan!
Senang je kan..? Selamat mencuba!

Ni resepi MasterChef Dato’ Fazley Yaakob tau, bukan resepi Sally...Sally share je..hihihi :)

You Might Also Like

17 comments:

  1. tapi nak sruh sally buatkan la...hehehehe...sedapnya sally..dah lama akak tak makan

    ReplyDelete
  2. wah sedap..senang..tapi kak MV kalau bab2 ni malas..haha

    ReplyDelete
  3. akak suka puteri mandi ni ..tapi biasa beli je, tak sangka plak sesenang ni membuatnye ye.Tq sharing Sally :)

    ReplyDelete
  4. Wah mudah blh try ni nnt hhehe

    ReplyDelete
  5. kelihatannya seperti ceri yang berendam tu...

    ReplyDelete
  6. tq share ngan weolls..
    kite amik resipi ni tau..nak try esok2 lusa..
    bulan pose ni tekak nak makan macam2..
    dari beli baik buat sendiri, boleh adjust rasa ikut taste sendiri..hiks.. =)

    ReplyDelete
  7. Saya kan first time dengar nama kuih ni. Tak tahulah kuno sangat ke apa ke diri ni.

    ReplyDelete
  8. Menarik ni pakai susu sejat. Nanti boleh cuba :)

    ReplyDelete
  9. wah senang je nak buat..suka2..!! :D

    ReplyDelete
  10. Ehh.. ini ya puteri mandi? rasa mcm ada kekeliruan pulak tp siapa kisah? asal lazisss

    ReplyDelete
  11. Sedap pulak tengok petang2 ni.. menarik & menyelerakan ni Sally.. :) :)

    ReplyDelete
  12. rajinnya Sally =) ramadhan kali ni CT tak buat pape kuih pun..

    ReplyDelete
  13. Wahhh terliurnyaaaa..
    Best kan puteri mandi

    ReplyDelete
  14. sedapnyaa... ida salin resepiii.. nnti nk buat hehehhehehe

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!