Equinox Restaurant - breathtaking and best view in Singapore!

Sebenarnya, niat hati Sally nak cerita pasal restaurant ni dalam entry my luckiest day ever, tapi macam tak best sangat kalau tak cerita asing-asing...lagipun masa makan kat sini dah jadi hari Ahad, esoknya...so...kita cerita pasal restaurant ni...

Mula-mula ingat nak tulis pasal hotel Swissôtel The Stamford dulu...tapi senang kata Sally tak sabar nak share pasal restaurant ni laaa!

Masa dapat tau yang agent booked hotel sekali dengan breakfast, Sally fikir yang akan breakfast dekat hotel punya kafe jela...tau tak expectation Sally macam kau confirm makan roti bakar dengan jem lepas tu dapat kopi secawan...hahahaha...punya hina expectation I...

Awal nya dah tanya kat receptionist...call daripada bilik..dia kata suruh ke tingkat sixteen-nine (16-9)...and I was like?? ape..? (maaf sbb slang dia mmg Filipina sangat)...tak puas hati sebab setahu Sally bilik dalam hotel tu ada sampai tingkat 38 je...menipu ke?

Dengan kelaparan tu, ke receptionist la kami...Tanya balik dan dia suruh ke Equinox Restaurant di tingkat 69...hahahaha...time tu dah tergelak-gelak dengan kawan Sally sebab mmg wujud tingkat selepas tingkat 38...cuma kena turun ke lobby baru boleh naik ke lif lain utk ke Equinox Restaurant...



 Okay, speechless...sampai je ke tingkat 69...keluar daripada lif nampak kawasan dengan kaca yang tinggi...kita boleh tengok keseluruhan Singapura!


Sempat bergambar masa nak tunggu turn...biasa la...dah namanya weekend...mmg tak boleh nak buat ape...terpaksa la tunggu...tak lama pun...ada la dalam 10minit macam tu....sebab restaurant ni boleh muat 110 orang je dalam satu-satu masa..huhuhu

Konsepnya sama macam tempat lain...mmg dia hidangkan buffet la...dan Sally dapat makan buffet breakfast...dapat pulak meja yang sangat spesifik tempatnya, boleh nampak Marina Bay dan jugak daripada meja Sally mmg clear nampak Marina Bay Sands Skypark...Sebenarnya kalau buat reservation, kalau kita request meja kat tepi tingkat kena add on duit..hihihi...nampak tak Allah permudahkan segalanya untuk Sally?


Ya Allah...masa ni mmg sumpah rasa nak menangis...tak mampu Sally nak hadirkan rasa syukur Sally bila diberi peluang macam ni...ternyata mmg tiada nikmat yang mampu kita dustakan bila Allah dah beri kepada kita...sujud syukur, hanya itu yang mampu!

 Sebenarnya banyak lagi gambar kat sini, tapi ada pada kamere kawan Sally...malas pulak nak mintak kat dia...hihihi...yang boleh Sally cakap...I am so blessed to be here!


Typical Sally...makan wafer dengan scones je...hahahaha...actually banyak makanan yang ada...tapi errr...basically ada yang campur dengan non-halal...jadinya nak play safe...Sally makan yang mudah...ouhh...jangan salah sangka...sebab lepas tu banyak round lagi...ni starter je baru...hahahaha

http://www.swissotel.com/hotels/singapore-stamford/dining/equinox-restaurant/
Ni pandangan kalau waktu malam...cantik kan...? Semua tempat boleh nampak...hihihi...meja Sally betul-betul depan kaunter kecik tu...Sally betul-betul happy dapat peluang ke Singapore ni...bukannya ni kali pertama Sally ke Singapore, tapi kali ni terlalu banyak benda yang baik terjadi...


Kalau korang ada budget lebih masa ke Singapore, boleh la cuba makan kat sini...tapi beware dengan makanan yang diambil ye...kalau nak dinner pun boleh tapi Sally lebih sanggup bayar kat retoran bergerak 360 kat Menara KL tu...hahahaha...mahal la nak oii makan!

Equinox Restaurant
Level 69 & 70, Swissôtel The Stamford
2 Stamford Road

Hours Of Operation

Semi-Buffet Lunch:
Monday to Friday: 12.00 - 14.30

Buffet Lunch:
Saturday and Public Holidays: 12.00 - 14.30

Brunch:
Sunday: 11.00 - 14.30

À la Carte Afternoon Tea:
Monday to Saturday: 15.30 - 17.00
Sunday: 16.00 - 17.00

Dinner:
Monday to Sunday: 18.30 - 22.30
Reservations

For online reservations: book now
Phone: +65 6837 3322
Email: reservations@equinoxcomplex.com

Post a Comment

9 Comments

  1. alaaa pergilah ambil gambar kat kamera kawan tuuu, akak nak tengok lagi dan lagi dan lagi....

    ReplyDelete
  2. Nice view. Tambah pulak masa menjamu selera. Perfect!

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pemandangan.. Best tak jumpa yong hwa?? =D

    ReplyDelete
  4. nice..best giler makan sambil tengok tengok view

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, rezeki ^_^
    bestnyer, bukan semua orang leh dapat peluang mcm cik sally tau..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, murah rezeki kak Sally! Cantik sangat view nya ni :D

    ReplyDelete
  7. wah tingkat 69 boleh nampak satu singapura? bestnya! banyak betul banggunan2 tinggi kat SG ni

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!