Resepi | Murtabak Maggi

4:13:00 PM Sally Samsaiman 7 Comments

Sejak dua minggu yang lepas, Sally dah mula berpuasa...Bila puasa tu banyak la makanan yang bersarang dalam otak ni...tu belum lagi terliur tengok blogger asyik post makanan je...lagi-lagi budak Inani Hazwani tu..hahaha...

Sally rasa rata-rata korang actually dah pernah buat resepi ni...tapi atas permintaan kak Suria Amanda, Sally tepek jugak kat blog ni resepinya...


Sally takde ambik gambar step nak masak sebab mmg tak rasa nak tulis resepi...sebab tu ada yang dah siap je...tu pun sebab nak update kat instagram..huhuhu...tapi sebab atas permintaan, Sally tulis kan la resepinya ya...

Bahan-bahan:
  1. Maggi Kari
  2. Telur
  3. Daging cincang / Ayam cincang
  4. Lobak Merah (cincang)
  5. Bawang besar (cincang)
  6. Lada putih / lada sulah (optional)
Cara-caranya:
  1. Rebus kepingan mee segera tu dalam air panas, dah lembut, tos dan letak tepi
  2. Dalam kuali, letakkan sedikit mintak...goreng daging cincang, lobak merah & bawang yang dah dicincang tadi.
  3. Dalam satu bekas yang lain, pukul telur, lada sulah dengan perencah maggi tadi (3 biji telur = sebungkus maggi)
  4. Campurkan daging tadi dan maggi yang dah ditos tu kedalam adunan telur tadi..
  5. Panaskan kuali dan goreng...Sally guna periuk ajaib tu...sebab tu elok panjang...
  6. Goreng sehingga garing dan boleh siap dimakan..
Senang je kan...? Kalau takde idea nak masak atau malas nak masak, boleh la cuba buat benda ni kat rumah...kenyang pun kenyang...
 
p/s : Nak makan apa ye berbuka harini..?

You Might Also Like

7 comments:

  1. Alahai, lapar pulak bila tengok gambar. Macam nak cuba buat je nanti. Hehe

    ReplyDelete
  2. Yeayyyyy.....tenkiu2...sally nak tanya...goreng dlm minyak yg banyak ke minyak yg sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng mcm nak goreng telur dadar je kak..

      Delete
  3. Pernah buat..anak akak suka :)
    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2014/03/murtabak-maggi.html

    ReplyDelete
  4. amboi, dah la ujan.. terbaca pulak entri ni.. isk isk..

    ReplyDelete
  5. CT ingat dulu kena buat ujian murtabak meggi ni nak dapat lencana pengakap.. eheheh..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!