Rouge Edition Aqua Laque from Bourjois Paris!

3:10:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments


Rouge Edition Aqua Laque - Once applied, it doesn't run or feather so no need a lip liner.

Gittew~

Sally ni mmg bukan jenis orang yang suka mekap...percaya laa...Sally mmg boleh kira barang mekap Sally yang ada...bukan takat malas nak mekap...nak pakai lip gloss pun malas...pasal tu kalau korang yang pernah jumpa Sally, mesti tau muka Sally sentiasa "naked"...


Baru-baru ni Sally ada dapat satu liquid lipstick, Rouge Edition Aqua Laque daripada Bourjois Paris....Aqua Laque ni bagi Sally sama je macam lipstick yang lain tapi ternyata Sally salah...rupanya seronok pakai lipstick ni...

Tahan lama...dan tak payah nak tambah glossy effect dengan tambah lip gloss atau nak pakai lip liner semua...sebab dia akan jadi just nice je kat bibir...


Datang dengan 8 variasi warna yang berbeza seperti Appechissant, Rose on the Rock, Brun' Croyable, Viens Si Tu Roses, Red My Lips, Feeling Reddy, Fuchsia Perche dan Babe Idole....Sally dapat yang warna pink muda sekali, nombor 8 (Babe Idole)...

Walaupun sebenarnya nombor 8 ni kategori warna yang paling soft sekali...tapi jangan risau...takde nampak pelik pun pakai sebab tengok la contoh Sally pakai tu...nampak terang je kan pink dia...


Cara nak pakai pun mudah sebab dia ada span lembut yang macam nak apply lip gloss tu...elok je rata...Kalau nak nampak elok lagi pakai je jari...mmg terus jadi cantik kot..hihihi...Kalau korang rasa nak beli lipstick baru...boleh la cuba Rouge Edition Aqua Laque daripada Bourjois ni...

You Might Also Like

9 comments:

  1. macam best je...klu pakai nanti lebih nampak manis kan..nggeeee

    ReplyDelete
  2. Alaaaaa ruginyaaaa tak pergi ambil !! T_T

    ReplyDelete
  3. sama laa kita tak suka bermekap gitu.. cantik laa liquid lipstik nih..

    ReplyDelete
  4. nasib laki. kalau gegurl habis la adik serang kaksally nanti suh belanja satu kahkahkah.

    ReplyDelete
  5. magadd. sally dh jadi beauty blogger. mcmana ai nak cari makan gini? haha.

    Sallyyyyyy, jemput join GA Sayang oleh Scha eh? :)

    Giveaway Sayang by Scha Nazri

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang kita je cik Sally.. kalau cek pakai something dekat muka, rasa rimas pun ada.. selalu beli lip balm, lip gloss or whateva lip, setahun pakai pun tak abes lagi. cek pun dah lupa bila last cek beli bedak. lame bebenor guna tak abes2.. (rasanya jarang sangat pakai..=)

    ReplyDelete
  7. haha sama, saya pun jenis tk pakai mekap sgt. kak sally klu x pakai mekap pun mmng comel, muka bersih je. eh lawalah warna lipstik tu! mcm berkenan jeee~

    ReplyDelete
  8. Shiny gituu. kadang-kadang terinign juga nak pakai benda macam ni, tapi memang saya ni jenis yang tak suka pakai mekap dan lipstik sangat.

    ReplyDelete
  9. waaaa kaler yang no.4 tu cem cantik je..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!