Resepi | Portuguese Egg Tarts

12:53:00 AM Sally Samsaiman 14 Comments

Semalam Sally teman kakak dekat rumah mama sebab mama kena kerja, kakak Sally pulak tgh berbadan dua ni malas nak masak, tapi tetiba pulak semalam datang rajinnya...jadinya Sally pun dengan kakak terus terfikir nak buat Portuguese egg tarts.


Okay, so...kita terus g kat bahan-bahan la ye...

Bahan A:
  1. 500g pastri puff (Sally beli puff pastri yang ready made je...ada jual kat kedai bakeri)
  2. 450g tepung gandum
  3. 100g margerin @ butter
  4. Sedikit garam
  5. 150ml air
  6. 1 sudu teh jus lemon
  7. 1 sudu teh shortening
Bahan B (Filling):
  1. *100gm gula kastor
  2. *125ml air
---Bahan yang bertanda * kena didihkan dan bagi dia sejuk

Bahan C:
  1. 4 biji telur
  2. 100ml susu segar
  3. 200g keju yang disagat (cheddar)
  4. Esen vanilla (letak sikit untuk hilangkan bau telur)
Cara-caranya:
  • Canai doh pastri sampai nipis.
  • Potong kecil dan masukkan dalam "moulds tarts"
  • Bahan B yang dah dididihkan dan disejukkan tu campur dengan Bahan C
  • Tuang adunan dalam "moulds tarts" tadi sehingga 3/4 penuh
  • Bakar dalam oven dengan 200°C untuk 25minit
  • Sedia untuk dimakan!
Kalau ada anything yang korang tak faham, boleh tanya kat komen! Happy baking! :)

You Might Also Like

14 comments:

  1. Rajin cik Sally.. hehe.. Kami pun kalau rajin.. sampai terbakar dapur tu kami kerjakan..
    Cuba kalau angin maleh datang.. nak bau asap pun belum tentu.. keh keh keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sebab kakak yang nak sangat buat...hihihi...kalau tak, sama jugak sengeh jela...

      Delete
  2. Huwaaaaaaaa, nak makan egg tarts tapi tak nak buat sendiri >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaaaa.....Jauh sangat pun nak bg...buat la Farah...buat laaaa :)

      Delete
  3. bagus sally.. rajin gituuuu... nampak mcm sedap !

    ReplyDelete
  4. lawa je egg tarts kak sally ni mengembang. wrna kuning kemasan sungguh :p ni nanti kalau sye rajin insyaAllah buatlah, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya buat ye Mazni..! hiihi...lepas tu share sekali nnt :)

      Delete
  5. macam boleh jual dah tarts ni, lawo sangat..hehe

    ReplyDelete
  6. hantaq mai laaa penang sikit Sally oooi.. seksa tau tengok gambar je..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!