Resepi | Gimbap / Sushi

4:08:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments

Yeay! Resepi lagi...

Okay, tau korang tak excited pun kan..hihihi...

Sebenarnya Sally teringin nak makan sushi sejak 2-3 minggu lepas...Walaupun dalam tangan ni ada voucher Sushi King, tapi kaki nak melangkah tu cukup malas...tu belum masuk lagi bila dia buat Bonanza kan...tapi masih jugak malas...

Jadinya Sally ke Giant, balik buat sushi sendiri...hahahaha...

Sebenarnya ada beza antara gimbap dan jugak sushi...Sushi (Japan) dan Gimbap (Korea)...bezanya mestilah daripada segi inti dalaman dia...Kalau buat sushi ni mudah lagi daripada buat gimbap...sebab boleh letak apa ye...tapi kalau gimbap dia leceh sebab ada banyak benda nak buat...


Sangat tak kemas kan...huhuu...ni semua sebab Sally tak reti nak gulung bagi dia rapat..hihihi...So, harini Sally kongsi cara nak buat gimbap...tapi style Malaysia la eh..."Gim" bermaksud rumpai laut dan "Bap" tu nasi...Jadinya "Gimbap" bermakna Nasi Rumpai Laut, atau gulungan nasi..

Gimbap / Kimbab
 
Bahan-bahan:
  1. Nasi (cuba masak agak lembik macam terlebih air tu)
  2. Rumpai laut kering
  3. Timun Jepun (Potong panjang lebih kurang macam pensel)
  4. Lobak merah (Potong panjang lebih kurang macam pensel)
  5. Daging cincang (goreng dengan sedikit kicap, bawang putih)
  6. Bayam (celur dengan air panas, campur dengan bawang putih & minyak bijan)
  7. Telur dadar (potong halus)
  8. Minyak bijan, bijan
  9. Bamboo mat
Cara-caranya:
  1. Masak nasi
  2. Sediakan bahan (2,3,4,5,6)
  3. Lepas tu, letak nasi atas rumpai laut tadi...susun semua bahan-bahan yang dah siap
  4. Gulung bagi dia ketat dan padat
  5. Potong dengan menggunakan pisau yang tajam...
Senang je kan? Kalau nak buat sushi lagi mudah...yang korang perlukan nasi, rumpai laut, timun, lobak merah, tuna @ crabstick dan telur dadar...

Cara dia pun sama je...yang penting gulungan tu...bamboo mat tu korang boleh cari dekat kedai jual barangan Jepun dan yang pasti DAISO sure ada...

Tips!
**Kalau nak bagi potongan gimbap @ sushi tu tak buruk, korang boleh cuba basahkan pisau yang nak digunakan...
**Kalau tak jadi, cuba panaskan pisau...lalukan kat api sekejap
**Last choice, letak sedikit mintyak bijan @ minyak masak dekat pisau

Selamat memasak, sorry la sebab macam kurang sikit penerangan yang ada kan...kalau ada soalan, just tanya je..hihihi...atau korang boleh baca entry homemade sushi yang simple yang Kak Aisya kita tuliss..huhuhu



You Might Also Like

14 comments:

  1. Okay ! Lulus untuk buatkan untuk kita. Yeay ! Maceh Sally. Ekekeke. Combo dengan ayam goreng Korea. Ngam. :P

    ReplyDelete
  2. k. sally guna beras biasa je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! sebab malas nak cari benda lain...hihihi...buat dengan apa yang ada kat rumah je.. :)

      Delete
  3. nampak cantik je sally...akak kalau buat ni confirm tak lulus...hehehe..meh pos kat akak..

    ReplyDelete
  4. kalau ikutkan resepi sushi tu , garam dan cuka digaulkan pada nasi yg masih panas . nasinya pula jenis melekat mcm nasi pulut dan nasi tu dimasak kukus ... cerewet lah pulak kan . ikut gaya sendiri je senang . dah potong baru cicah kicap / sos ... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun kak...tapi disebabkan Sally buat resepi gimbap...jadinya dorang takde pakai cuka beras dan sebagainya..hihihi...lagipun sebab sally nak makan je...so, tak kisah sangat :D

      Delete
  5. Dah lama tak buat kimbap. Dulu masa on diet, makan kimbap je.

    ReplyDelete
  6. okaaayla ni Sally.. nampak rupa gimbabnyaaa.. kalo CT buat tah berterabur lebih hehehe..

    ReplyDelete
  7. Seaweed tu kak Sally pakai jenama apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat la nama dia...akak beli je yang ada jual kat bhgn sushi biasa kat Aeon Big :)

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!