Resipi Kimchijeon (Kimchi Pancake)


Harini Sally nak kongsi resepi Kimchijeon, kalau kelmarin dah belajar buat Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake), harini kita belajar buat kimchijeon...kimchijeon ni tak banyak beza daripada Haemul Pajeon, cuma bezanya kali ni kita tambah kimchi dalam adunan kita dan tiada rencah seafood yang digunakan...haaa...Rasa dia agak flat la tapi rasa macam pedas kimchi tu buat dia sedap.

Kepada mereka yang tak minat kimchi, sila la buat haemul pajeon je ye..hihihi


Bahan-bahan (Basah)
Kimchi (perahkan sikit jus dia supaya tak basah sangat, potong kecik-kecik)
Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
Cili merah / cili hijau (optional)

Bahan-bahan (Adunan)
Tepung gandum
Lada sulah
Garam
1 biji telur
Air

Bahan-bahan (Sos pencicah)
Kicap cair
Cili padi
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-caranya :
1. Pertama sekali, perah kimchi tu sampai agak-agak kering
2. Potong kimchi supaya agak halus, cincang pun boleh.
3. Siapkan bahan-bahan (basah); potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
4. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
5. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
6. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
7. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
8. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)

Dah boleh makan! hihihi...Selamat mencuba! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. wah... cik sally ni memang jiwa korea... hehehe :)
    sedap ke?

    ReplyDelete
  2. haaai la Sally.. buat orang jadi lapar.. CT pernah rasa pajeon biasa saja..
    yang ada daun2 tu saja tp kimchi xada.. itu agak plain rasanya..
    macam lempeng kita..

    ReplyDelete
  3. hameul pajeon sedappp! kalau kimchi ni tak penah pulak makan.. apatah lagi nak buat :p thanks for recipe!

    ReplyDelete
  4. kakak ipar saya sangat suka makanan korea, boleh laa suggest dekat dia nanti :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnye...sy pn suka korean food..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!