Resipi Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake)


Haaa! Resepi masakan makanan Korea lagi...ye..ye..jangan buat muka macam tu...hikhik...Kalau korang masih ingat entry masa Sally berkunjung ke Jagalchi Market (자갈치시장) di Busan, Korea...korang mesti pernah tengok haemul pajeon ni...

Haemul bermakna seafood, manakala pajeon bermakna pancake...Kalau sampai Malaysia je jadi la cekodok makanan laut...haaa~

Sally sekarang ni suka masak sendiri je makanan Korea sebab bila makan kat luar dapat sikit je lepas tu semuanya kedekut kan...Lepas tu semua mahal, lepas tu Sally kan tak kaya, lepas tu nnt korang marah sebab asyik makan kat kedai Korea...hahaha...okay, dah melalut!


Haemul pajeon ni boleh kita guna pelbagai jenis makanan laut...ikut la nak campur apa...ikut selera masing-masing...

Bahan-bahan (Basah)
  1. Daun bawang (Kalau tak jumpa boleh ganti daun kucai)
  2. Cili merah / cili hijau (optional)
  3. Isi udang
  4. Isi ketam / sotong
  5. Isi kepah / lala / tiram (optional)
Bahan-bahan (Adunan)
  1. Tepung gandum
  2. Lada sulah
  3. Garam
  4. 1 biji telur
  5. Air
Bahan-bahan (Sos pencicah)
  1. Kicap cair
  2. Cili padi
  3. Sedikit gula
  4. Sedikit cuka
Cara-caranya :
    1. Pertama sekali, cara dia sama je macam nak buat cekodok kita tapi ni Sally bagi jugak cara laa
    2. Siapkan bahan-bahan (basah), bersihkan isi udang, potong sotong lebih kurang macam bentuk udang jugak, potong daun bawang lebih kurang 3-4cm, dan potong cili merah nipis-nipis.
    3. Adunkan semua bahan-bahan (adunan) sehingga sebati...jangan terlalu cair, pastikan sedang elok macam nak buat cekodok...
    4. Campurkan bahan-bahan (adunan + basah) tadi.
    5. Dalam pan yang leper, panaskan sedikit minyak dan goreng adunan tadi.. (guna kaedah goreng telur dadar)
    6. Pastikan adunan yang kita masak tu tak terlalu tebal melainkan kalau korang suka makan yang tak garing la...
    7. Sambil tu boleh siapkan sos pencicah (kalau malas, pakai je cili padi dengan kicap cair)

      p/s : Yang Sally masak tak sempat amik gambar...ini yang masa g Korea dulu..hikhik

      Post a Comment

      13 Comments

      1. macam cucur je....tapi vesi rata nyer..
        mak saya kalau buat cucur mesti taruk macam2...
        sayur/udang.. :)

        ReplyDelete
      2. macam cucur udang pulak.
        tapi dalam bentuk yg besar dan lebih banyal seafood. :D

        ReplyDelete
      3. Okay sila buatkan untuk kite. Maceh !! :D

        ReplyDelete
      4. senang je rupenye...klo tgok RM tu kdg2 smpai kecur2 air liur tgok dorang mkn...g kedai mahal nak mam.....

        ReplyDelete
      5. dh try mkn kat dubu dubu, mcm lempeng campur telur dadar....

        ReplyDelete
        Replies
        1. Kalau makan kat luar, mmg dorang letak tepung byk sbb nak bg tebal...tapi actually x boleh...hehehe

          Delete
      6. Lepas final nanti nak cuba buat. Thanks for sharing, kak Sally!

        ReplyDelete
      7. arrgghh tempting this is my favrioute. walaupun konah tak layan kpop tapi konah layan korean food

        ReplyDelete
      8. ahahah cekodok makanan laut.. tepat sekali..
        huurm nak letak sotong banyak2.. nak p korea rasa yang ori dari sana..
        rajinnya Sally.. CT malas sungguh nak buat ehehe..

        ReplyDelete
      9. Tetiba lak awak post pasal pancake ni... kena buat la sbb xpernah mkn pun..

        ReplyDelete

      Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!