Majlis memperkenalkan duta terbaru produk Pharmaton!

9:02:00 AM Sally Samsaiman 6 Comments


Date : 24th March 2015
Venue : Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana


Siapa yang tak kenal dengan Pharmaton! Brand makanan tambahan (supplement) yang sudah lama bertapak di Malaysia...bermula di Switzerland dan kemudian melebarkan sayapnya ke Malaysia dan negara serantau...

Selasa lepas bertempat di Talent Lounge, pihak Pharmaton telah memperkenalkan dua selebriti terbaru yang akan menjadi duta kepada produk mereka...Terkenal sebagai selebriti yang mempunyai jadual yang padat dan sering perlu kekal bertenaga, Fara Fauzana dan Chef Sherson Lian telah dipilih untuk menjadi muka-muka baru bagi mewakili produk tersebut...

Yeay!

Dimulakan dengan sedikit ucapan daripada Ms Carmenza Alarcon, Head of Consumer Healthcare Boehringer-Ingelheim Malaysia & Singapore dan majlis kemudiannya memperkenalkan kedua-dua selebriti.


Sesi kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra dengan kedua-dua selebriti yang dihoskan oleh MC yang sama masa Sally g Majlis Pelancaran Moist Diane di Malaysia tapi sayangnya Sally tak ingat nama dia...




Lepas sesi chit chatting ni...Chef Sherson Lian terus lead untuk demo masakan...dia buat aiskrim weh! direct kat situ...masa tu jugak...hihihi...aiskrim Ginseng, pahit tapi sedap!







Dapat makan aiskrim, dapat makan lagi...lepas tu apa lagi...sesi ambik gambar la kan!


Kita malu! 


Chef Sherson Lian


Kak Farah Fauzana

So far event ni agak santai, takde la terlalu formal...kedua-dua selebriti pun tak kekok nak berbual dengan media yang datang dan yang paling penting dorang tak kekwat...and I really thinks that the supplement is going well with them! So busy yet so energetic!


Sally dapat gift Pharmaton caplets untuk sebulan...nanti Sally cuba makan sebulan lepas tu Sally bagitau camne rasa makan benda ni ye...sebab yang ni yang terbaru, diperkayakan dengan pati Ginseng!

You Might Also Like

6 comments:

  1. Ni chef yg dlm rncangan 5 rencah 5 rasa tu kan..

    ReplyDelete
  2. Bestnyer Sally! Kim salam fara ye! :)

    ReplyDelete
  3. suka sangat dengan chef shers...
    selalu tengok 5 rencah 5 rasa...cara dia masak macam senang.. tapi bila buat kat dapur...
    hampeh jadinya..

    ReplyDelete
  4. Wahhhh....entri masyuk ke ni SS......bestnya....
    Ohhh suka tgk rancangan masak dia best, hensem pulak tu

    ReplyDelete
  5. Rasa macam katak bawah tempurung sangat bila tak tahu siapa lelaki tu.

    ReplyDelete
  6. memang tak kenal yang si lelaki itu =P

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!