Sopoong 소풍 Korean Food @ Quill City Mall

8:30:00 AM Sally Samsaiman 10 Comments

Makanan Korea dan Sally berpisah tiada...
Haaa..macam tu sekali quotes dia...Kalau followers lama sure tau sangat yang Sally mmg minat makan makanan Korea...tapi kalau kimchi dia kureeenggg sikit, selera pun mati..hehehe...

So, lets straight to the point.


Sopoong 소풍 Korean Food ni dah mula bertapak di Malaysia pada tahun 2004 dengan pembukaan kedai pertama di Berjaya Times Square...dan buat kali pertama Sally makan di Sopoong ni di branch kedua kedai mereka di Quill City Mall yang baru dibuka di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sally suka environment dia..bersih dan tenang...Walaupun tanpa interior yang terlalu "Korea" tapi masih lagi dapat menarik perhatian kita untuk masuk ke kedai ni...

Good Food Reminds Me of Mom.
To be honest, betul sangat kan...Masakan yang sedap mmg buat kita teringat kepada masakan ibu, mak kita...Sedap dan dimasak dengan penuh kasih sayang....fuhhhh..ayat kau Sally!

So, Sopoong ni mmg pandai nak attract orang...hihihi..Good job guys!


Makanan kat sini basically sama je macam kat kedai-kedai makanan Korea yang lain...mudah dan sedap...tu je la kot...


 Gimbap.


Tteokbokki.


Chicken Soondubu Jjigae (Spicy Soft Tofu Stew with Chicken).

Overall makanan kat sini okay, sedap dan bersih...Yang paling penting staff dia sangat pantas dan sangat friendly. 'Banchan' (side dish) pun free flow jadinya boleh la kalau nak refill selalu...

Kimchi dia bagi Sally okay cuma agak masin sedikit. Lidah Sally jenis tak boleh tahan masin jadinya macam okay-okay je la kat lidah...

Harga..? Range harga dia agak mahal untuk setiap serving, portion pun tak berapa besar (kecuali gimbap) tapi untuk mencuba makanan Korea, tak pandang dah berapa banyak ada dalam poket..hahaha...Bolehlah tahan tapi kalau makan setiap hari selain daripada kena darah tinggi sebab masin, korang juga boleh papa kedana dalam masa kurang daripada sebulan..LOL...

Sopoong 소풍 Korean Food

Berjaya Times Square

No. 71 Lower Ground Floor, Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur.
03-2141 0224
(Facebook)

Quill City Mall

LG-13A Quill City Mall, Kompleks Beli Belah Quill, Lot1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
03-2602 3379
(Facebook | Instagram)

You Might Also Like

10 comments:

  1. Wahhh ! Dia jumpa port barulah , okay nanti kita pergi bercinta dekat sini pula eh. Asik Gomonae je. :P

    ReplyDelete
  2. bestnyeee...nak try la nty...hehehe...btw sally jgn lpe follow kite.

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa makan kat sopoong sebab jauh nak pegi..hahaha

    ReplyDelete
  4. Ya Ampunn Sally. kecur air liur tengok. Hahahah :P

    ReplyDelete
  5. sedap menyelerakan la sally.. boleh try ni.

    ReplyDelete
  6. wahh..kak sally ngan makanan korea berpisah tiada..haha

    ReplyDelete
  7. tak minat makanan korea.. ok laa dah sally minat makanan korea, sekarang dah ada port baru untuk merasai keenakan makanan korea kan..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah merasa lagi mknn korea ni..

    ReplyDelete
  9. Ada banchan free! Kalau balik Malaysia nanti bolehlah pergi cuba tempat ni pula.

    ReplyDelete
  10. sedap sedap eehe.. huurm gimbab tu nampak aje gitu tapi adus sedapnyee kan kan..
    kalo nak makan makanan korea kena ada geng baru meriah.. sorang dua saja bosan ehehe..

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!