Resipi Ayam Goreng Korea (Yangnyeom Chicken)


Macam biasa laa...Sally dengan makanan Korea mmg tak dapat nak dipisahkan...hikhik...Selalu kalau kita tengok drama Korea, snek semasa dorang lepak ke selalunya mesti Ayam Goreng...Jadi kita yang tgk drama ni pun nak tau apa yang sedap sangat..(err...actually Sally yang nak tau)

So, kalau yang malas boleh segera ke KyoChon, dan kalau yang rajin atau yang tgh tunggu gaji macam Sally ni...sila masuk ke dapur dengan segera...Bahan yang paling penting ialah gochujang, sama macam masa Sally buat Bibimbap dulu...Jadinya kalau takde, sila cari dulu okay...nanti tak jadi pulak...


Nampak macam tak sedap kan...? Hehehehe...sebenarnya kena kacau rata tapi sbb Sally malas nak makan sos dia banyak, lumur jela sikit-sikit...

Bahan-bahan (sos untuk lumur ayam):


5 ulas bawang putih
1 (1½") halia
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan gochujang
1½ sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan madu

Bahan-bahan untuk ayam:


⅔ cawan tepung kentang (tepung gandum pun boleh)
1 sudu makan tepung jagung
16 kepak ayam, drumet ayam atau bahagian yg banyak tulang (anggaran 1¾ lbs.)
Minyak masak utk menggoreng

Cara nak masak:
Ayam (Campurkan tepung kentang, tepung jagung dengan ⅔ cawan air, lumurkan ayam dan goreng dalam minyak panas [6-8 minit], sampai dah garing, lepas tu toskan, goreng lagi sekali sampai betul-betul garing [6-8 minit], toskan minyak...kalau malas goreng sekali pun dah okay, tapi kena garing laa..)

Sos (Cincang bawang putih dan halia -- Sally tumbuk je, campurkan kicap cair, gochujang, cuka, minyak bijan dan madu, kacau sampai sebati...sos yang sedap mesti kena ada rasa manis, pedas, masin sedikit...so, pastikan kena dengan lidah...kalau takde madu boleh pakai gula perang)
Bila ayam dah siap goreng, lumurkan sos sampai sebati dengan ayam dan dah siap untuk makan! (gochujang ni masin sikit, jadinya jangan la pakai banyak sangat..)

Post a Comment

20 Comments

  1. thanks share btw!!! <3 mueheheheheeh

    ReplyDelete
  2. kalau beli ayam sejuk beku tu boleh jugak kan? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je Mazni...tapi x sedap sbb tepung dia tak garing sangat..

      Delete
  3. wehhh menangis tengok. hahahah sedapnyaaaa ^^

    ReplyDelete
  4. Teringinnnnnnnnnn! Mana nak dapatkan gochujang ni? ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasaraya besar selalunya ada...last choice kat kedai jual barangan Korea atau AEON.

      Delete
  5. fuhhh..menarik dan terliur pepagi ni.nak resepi ek

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini dik sally...wahh...makanan korea...sedap ya dik sally...

    ReplyDelete
  7. versi tekak melayu la win kan,,haha

    ReplyDelete
  8. bila free,,, xde apa nak buat... boleh la cuba resepi ni...

    ReplyDelete
  9. sedapnya. minat ayam2 nie. hehehe :D

    ReplyDelete
  10. ok tengok ayam pon dah nmpk sedap...sally kite sme la suke tengok korea and makan-makan die...hahaha

    ReplyDelete
  11. aa ah betul2.. sikit2 ayam goreng lepas tu sos macam2 jenis.. menggoda sungguh.. honey mustard la spicy la.. huwaaa siap ada gochujang.. =D

    ReplyDelete
  12. nak belo gochujang tak bebeli lagi... hahaha.. thx for the recipe sally... hahaaha sha memang suka masak2!

    ReplyDelete
  13. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite and hopefully, all the information is useful to you and don't forget to come again! Much love!