Travelogue Korea : Paldogangsan Guest House

12:31:00 PM Sally Samsaiman 14 Comments

Daripada Pulau Jeju, kami ke Gangneung pulak...Sally rasa rata-rata korang mesti jarang atau tak pernah dengar nama tempat ni...Masa Sally sampai sini pun sempat la buat short update, I'm in Gangneung. Gangneung adalah sebuah bandar di Gangwon-do, di pantai timur Korea Selatan..Jauh daripada bandar Seoul jugak sebenarnya...

Kat sini Sally duduk 2 malam je...sebab nak g ke satu tempat je...hahahaha...gagah kan? Paldogangsan Guest House ni mmg jauh dan kena naik teksi sebab takde bas atau subway kesana...tapi interior dia sangat cantik kat dalam...macam Apek Senario kata, "kat luar macam setinggan kat dalam macam kondo!"


Guest House ni berada dalam lambakan kedai-kedai makanan seafood yang mmg banyak...dia ada kat tingkat 2 kedai makan...nasib baik jugak la owner gust house ni reti cakap bahasa inggeris...kalau tak mau haru biru kami kat situ...

Jujur kata, dalam pengembaraan 11 hari Sally kat Korea, guest house ni yang paling cantik dan ceria..hikhik...mmg ada macam-macam...jangan tak tau...depan guest house ni ada laut...dekat je...dalam seminit perjalanan...atau secara kasar lintas jalan je terus sampai..


Sejuk!

Serius! mmg sejuk gila...dengan angin hujung autumn, dengan angin laut...mmg tak berani nak pakai baju nipis atau nak keluar berjalan saje-saje..tapi ada jugak la berjalan sebenarnya...hahahaha...
 
Paldogangsan Guesthouse, kalau daripada Terminal Bas Gangneung Express adalah 18-minit, kalau naik teksi atau kereta...dan Stesen Kereta Api Gangneung terletak dalam jarak 15-minit (tapi Sally tak tau route keretapi ni...).





Banyak gila warna dalam bilik ni...kali ni terpisah dua bilik jugak...satu bilik yang cantik...satu lagi bilik yang berlatarbelakangkan cerita zaman dulu korea..hehehehe...dua-dua pun cantik la senang cerita! Setiap bilik dilengkap dengan TV, heater & penghwa dingin...

Kitchen takde la...tapi ada mini pantry kat luar bilik...ada kettle, microwave dan yang penting sekali water dispenser..huhuhu...tapi kat sini mmg tak boleh memasak ye...



Kat luar jugak ada 4 buah komputer untuk kegunaan penginap...secara percuma je...ada WiFi free...pendek kata mmg sesuai sangat laa...Sayangnya duduk 2 malam je kat sini..huhuhu...

Malam tu kami dinner kat bawah guest house ni jugak, restoran milik ibu kepada owner guest house ni...makan seafood lagi! weeee~



Heaven! Rindu nak ke Gangneung lagi! :)

You Might Also Like

14 comments:

  1. Wehhh ! Comelnyaa guesthouse. Weehh ! Sedapnya makanan !! Weehhhhh !! Lautttttt.

    ReplyDelete
  2. besarnyaaa bilik dia. memang boleh main lari lari. hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat main lari-lari...ni kalau main sorok-sorok pun setahun tak jumpa...

      okay, tipu.

      Delete
  3. Wah wah wah menariknyerr ......Tapi Sally takde satu pon kat dalam gambar heheheh ...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak review guest house kak...xkan nak tepek muka sally...hehehehe

      Delete
  4. Assalamualaikum sally, wallah cantiknya guesthouse.. arghhh nak pergi Korea juga. hehehee *berangan itu free*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam....hehehehhe...boleh la g...baby pun dah besar sikit kan...kekeke

      Delete
  5. bila nak merasa bergangneung style ni!hehe

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. mmg comel gila Farah...kak sally sampai rasa nak tido je dalam tu tak nak bangun :P

      Delete
  7. betul la cute tempatnya hehehe.. boleh masukkan tempat ni dalam list.. bilalah nak ke Korea ni huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! cuma tak best dia tambang teksi jela...yang lain semuanya superb!

      Delete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!