Travelogue Korea : Jagalchi Market (자갈치시장), Busan

1:07:00 PM Sally Samsaiman 20 Comments

Lepas dah sight seeing dekat Lotte Department Store Skypark, mmg dah lapar gila...so, jom kita g makan! Kali ni Sally nak bawak korang g tengok Jagalchi Market...!

Jagalchi Market ni merupakan pasar yang menjual makanan laut paling besar dekat Korea dan antara tarikan penting dekat Busan...dah nama pun Busan ni tepi laut...mmg syurga makanan laut la cerita dia kan! Dekat pasar ni mmg majoriti yang menjual ialah perempuan...so, sila la bermanis mulut dengan ahjumma...boleh dapat harga murah..kekeke...

Google's
Disebabkan Sally g ni pada waktu malam...jadi mmg tak dapat nak ambik gambar banyak pun...ada apa kat pasar nak diambil gambar pun..? Hahahahaha...tapi serius Sally mmg suggest korang makan kat sini...seafood dia mmg gila fresh! Depan mata korang dia potong, dia masak...!






Sally makan kat kedai ni...lupa pulak nak ambil gambar secara keseluruhan...almaklum la kan...kelaparan! Kat sini mmg susah nak cari makanan halal, bukan takde...tapi susah nak jumpa...dan kalau ada pun harga dia melambung tinggi...korang nak ke makan Nasi Lemak Rendang Ayam dengan harga RM60 sepinggan? ke mampu nak makan mi segera setiap masa setiap hari?

Sally tak suka bila orang pertikaikan, "Halal ke kau makan kat situ? Halal ke benda ni..?"

Serius cakap la...cuba cakap dengan Sally...korang boleh ke cari benda yang halal 100%..Yang korang yakin mmg takde campuran pape...korang yakin ke benda yang korang masak sendiri tu barangan dia semuanya halal 100%? Sally takde la naif sangat pasal ilmu agama sampai nak makan benda yang dilarang...tapi ini mmg darurat...lagipun hanya makan seafood je..tak tau la kalau seafood pun haram..setakat ketam, udang, sotong tu...Dalam gambar kat atas tu tak semua benda Sally makan...just ambik gambar untuk kenangan...

haaa...kan dah emo kejap...pantang betul Sally bila orang cakap, "eh, kau makan kat kedai haram..."

Kata bangang kang marah!


Banchan (side dish)..
My favorite kkakdugi is there!


Ini haemul pajeon (seafood pancake)..
Percaya la...korang takkan jumpa makanan laut yang paling banyak selain daripada ni..hehehe...tak jumpa tepung langsung...seafood semata...

haiya! drooling sudah.....


Seafood stew...
Mmg full satisfaction dapat makan!


Nampak muka budak kenyang? Hahahaha....sedap gila...sumpah tak tipu...hahahaha...overall makan kat sini kena KRW 80,000 (RM240)... Mmg mahal...jangan nak buat muka terkejut...kan duit Korea lagi mahal daripada kita...kebetulan KRW 80,000 kan...so, mmg sedang elok la bayar KRW 10,000 (RM30) sorang...

Okay ape...makan seafood kot...what did you expect? kan...

Cara nak ke Jagalchi Market...

  1. Take (Busan Subway, Line 1) and get off at Jagalchi Station, Exit 10.
  2. Turn right onto Jagalchi 3 (sam)-gil Street.
  3. Walk for 5min, then turn left to arrived at Jagalchi Market.

You Might Also Like

20 comments:

  1. kat oversea macam tulah sally..kadang-kadang kena tabahkan hati bab makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la kak...tapi susah bila orang tak nak paham lepas tu tuduh melulu...

      Delete
  2. teringin nak ke sanaaaa. macam best je kannn. tengok dalam movie selalunya tempat mcm ni cantik je. kalau pegi negara org memang susah la nak cari makan kan. lagi2 yg halal 100% huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat org...kalau tak best pun jadi best sbb jarang tgk..hehehehe...aiya! mana ada pasar yg cantik -_-

      Delete
  3. Wahhh ! Best !!! Mahal bab makan pun takpe. Janji konyang. Pueh hati sudahla.
    'Kata bangang kang marah!' , terbayang bayang suara Sally. OMG ! Hahahaha.

    p.s : kita pun pernah dapat soalan makan haram halal tu. tunjal pale tahu. tssk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat org yg paham xpe...dah la kata haram...kata mahal lagi...sumpah rasa nak sekeh kepala...hahahaha

      Delete
  4. betul!! kak setuju dengan Sally bab halal tu... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ada geng...kang ada yang kena banned sensorang nnt :P

      Delete
  5. sally, byk mn habis g korea? termasuk flight, mkn, tmpt tgl dll. ( tak termasuk souvenir)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak estimate...lagipun Sally g sendiri...banyak kurang daripada segi bayar tour dengan makan...so, mmg x boleh nak estimate..hihihi

      Delete
  6. Ya Allah, seafood TAT sedapnyaaa! tpi geli sikit tgk rupa cacing senduk tu hahahah! dulu masa sye gi korea pun makan kt kedai seafood jgk. tkde rasa was2 pun sbb mmng seafood ni halal :D sye lagi suka mkn seafood berbanding ayam/daging yg halal kt sana. sbb seafood kt sana fresh2 n murah2!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...bila dapat merasa ni.. :)

    ReplyDelete
  8. betul lah kak sally.
    takpe, ckp je diorang tu bangang.
    qila takkan marah hahahahaha!
    hmm betul. what to expect alahai mana lah seafood haram pulak waduh ekeke.

    thanks kak sally hmm nak gi korea nanti nak gi dgn kak sally boleh tak heheheheh <3333

    ReplyDelete
  9. murah jugak ape, sorang rm30...puas makan...kite setuju dengan kak sally pasal halal haram...kalau nk ikutkan nk cari tanda halal je dekat germany ni, mmg mati xmakan kitorang pon... kitorang pandai2 je cari makanan, asalkan xde ba alip ba ya, xde binatang yang xbetul sembelih, dengan xde anjing, xde gelatine, kire halal lah... :D

    ReplyDelete
  10. Apa yang haramnya ya kalau makan dekat seafood? Sebab ada jual arak ke? Saya dekat Canada kalau makan luar, semua kedai ada jual arak.

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap je kan! ;D Hee. Seafood memang selalunya halal kan rasanya.

    ReplyDelete
  12. yg ptg masa tu x de terdetik rasa was - was ... yg mcm ulat tu apa ye ...

    ReplyDelete
  13. mahal pulak nak ke busan ni. hmm. kena rombak balik ni.

    ReplyDelete
  14. mahal gilaa nasi lemak rm60 erk.... mak ai.. sedapnyaaaa... mesti teruja habis pergi pasar kat sana kan.. semuanya hidup2 lagi...

    ReplyDelete
  15. Sally, pic mula2 tgk cam pelik je seafood dia tapi bila dah masak nampak sooo yummyy dan tempting. I setuju dengan u bila melancong ni mmg ssh nk cari makanan halal.
    Wow memang mahal tapi seaekali rasa kan..
    Jom jemput ke blog saya
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!