Hafiz Hamidun - Kasih Padamu

4:08:00 PM Sally Samsaiman 9 Comments

Hari ni Sally nak kongsi lagi satu lagu...lagu ni terbit dalam tahun 2013 kalau tak silap...lagu ni jatuh dalam kategori lagu nasyid la rasanya...daripada mula Hafiz Hamidun bergiat dalam kumpulan nasyid dulu, Sally dah minat dia...sampai la sekarang walaupun dia bergiat sebagai artis solo...Sekarang ni dia agak terkenal sebagai artis yang mendendangkan zikir-zikir dalam bentuk yang lebih menarik perhatian dalam album beliau "Zikir Terapi Diri"...


Tapi hari ni Sally nak share lagu Kasih Padamu...sape dah pernah dengar lagu ni...? Sebelum korang nak feeling ni lagu cinta...baiklah Sally bagitau...lagu ni lagu tentang kerinduan pada junjungan besar kita, Rasulullah SAW...Lagu ni kalau kita baca lirik dia...mmg akan ada sedikit terusik la hati...itu Sally laa...korang Sally tak pasti...


Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
Lagu: Hafiz Hamidun / Lirik: Fedtri Yahya
Muzik: Hafiz Hamidun

{Ulang}
Rasulullah...
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah...
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah...
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

{Ulang}

Rasulullah...
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasulullah... Ya HabibAllah...
Pabila terkenangmu
Mengalir air mataku

You Might Also Like

9 comments:

  1. ehhh pakwe nadyya ni ;p
    nt nak download lagu niiiiiiii :)

    ReplyDelete
  2. eloklah beralih pada hafiz hamidun tu...hew hew hew... kasi adam levine dan taufik batisah kat akak...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Akak suka layan lagu2 dia nih..sedap suara nya..

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing this song, kak Sally! :)

    ReplyDelete
  5. Dah dengar cik Sally, best lah lagu ni. rentak pun catchy, senang hadam.. ^_^

    ReplyDelete
  6. suka suara hafiz hamidun ni.. lagu menenangkan, tambah pulak dgn suara yg menenangkan.. :)

    ReplyDelete
  7. hihi penah dengar lagu ni.. memula kan dengar verse tu rasa cem lagu cinta tapi rupa rupanya lagi cinta jugaklah.. cinta kat Rasul :D

    ReplyDelete
  8. Snagat minat Hafiz Hamidun.. Deno suka zikir2 dia :')

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!