RESEPI | Bibimbap style melayu berlagak Korea macam Sally.

12:58:00 PM Sally Samsaiman 16 Comments

Hahahaha...Tajuk dia..bukan main panjang...ye...sepanjang entri yang bakal korang baca ni nanti...sorry la ye...Sally baru ni sempat nak tulis resepi ni...sebab banyak kerja nak siapkan...So, kita terus pergi kepada bahan-bahan dia la ye...Firstly, Sally nak ingatkan...jangan lupa beli Gochujang dulu baru buat...kalau tak jumpa...pakai jela kimchi pun boleh...hahaha...


Serving ni sesuai untuk 3-4 orang makan.

Daging dan bahan perapan
100g daging cincang (kalau korang tak suka daging, tukar jela ayam...tapi adjust sikit la kot...)
1 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil gula (pakai gula perang la kalau tak nak manis sgt)
¼ sudu kecil bawang putih (cincang)

Sayur-sayuran (Ini ikut korang la nak letak apa..nak letak jagung, kacang panjang, timun ke semua boleh)
200g bayam (rebus, toskan, cincang dan perasakan dengan garam, minyak bijan & tabur la bawang putih cincang dan biji bijan sikit)
350g taugeh (rebus, toskan, dan perasakan dengan garam, minyak bijan & tabur la daun bawang dan biji bijan sikit)
100g cendawan shitake (Bersihkan, potong nipis dan memanjang dan goreng dengan sedikit minyak sayuran sampai agak layu, perasakan dengan garam)
120g lobak merah (Bersihkan, potong nipis dan goreng dengan sedikit minyak sayuran, perasakan dengan garam)
3-4 mangkuk nasi, kukus lagi sedap...
3-4 biji telur goreng (ikut berapa ramai la nak makan) - Goreng telur buat telur mata kerbau
(Optional) Rumpai laut yang kering (potong panjang-panjang)

Sos Bibimbap (Cukup utk 2 serving je kalau suka pedas tapi Sally pakai raw je gochujang tu)
2 sudu besar gochujang
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula (ikut lidah la)
1 sudu besar air
1 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil cuka (cuka epal lg elok)
1 sudu kecil bawang putih (cincang halus)

Cara-cara nak masak Bibimbap.
  1. Sediakan semua bahan-bahan kat atas.
  2. [Daging] Campurkan semua adunan untuk perapan tu. Sally perap dia semalaman sebab Sally prepare barang pada waktu malam...tapi kalau boleh biar at least 30minit bagi dia sebati dengan bahan perapan dia...Cara nak masak dia, panaskan sedikit minyak pastu goreng la sampai masak..hehe
  3. [Sayur-sayuran] Tengok kat bahan-bahan kat atas.
  4. [Sos Bibimbap] Campur semua bahan...double kan adunan kalau korang suka makanan pedas..
  5. Letak nasi, letak telur dan susun sayur-sayuran ikut suka, letak sos.
  6. Campurkan semua bahan tu sampai sebati dan makan dengan penuh gembira!
Antara perkara derhaka Sally pada resepi ni....
  • Tak pakai biji bijan tapi tukar dengan chia seed, bukan sengaja...lupa beli...!
  • Pakai gochujang tu mentah je...sebab tak sempat nak buat sos dia...
  • Tak pakai daging cincang sebab kat kedai takde...
  • Sally letak black pepper sikit masa perap daging..haha

p/s : Ni kalau Jung Yong Hwa tak jugak masuk meminang Sally..tak tau la...hahaha ^_^

You Might Also Like

16 comments:

  1. buatkan untuk kita..malas nak buat sendiri..hahaha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sally, terliur sheila. nak rasa sikit ~~~
    wah tak lama lagi sally nak ke korea ye? bestnya..

    ReplyDelete
  3. Wahh....bnyknya bahan dia dik Sally....nak juga merasa tapi nak adik Sally yang buatkn...hehe

    ReplyDelete
  4. Sally buatkan utk akak please....mcm complicated...

    ReplyDelete
  5. Menu kpop gitu... kelasss... nampak sedap... mudah-mudahan la saya ada kerajinan nk memasak... hihii

    ReplyDelete
  6. sedappppp tengok resepi... nak buat sendiri, berat montot... wahahahahhaa

    ReplyDelete
  7. walaupon tak pernah merasai bagaimana rasa makanan nih , tengok resepi macam sedap jeeeeee...
    alahaiiii..bilalah aiman nak g korea yg terkenal dgn kpop kpop segala..hehehehehehehe.....
    tradisi n makanan diorg sgt unik...jelesss sgt dgn org yg dah pg korea.......heheheheh

    ReplyDelete
  8. lepas ni yus mahu try.
    nampak macam best !!

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaa, memang dah ada dalam foodbucketlist... cuma ada certain bahan tu mcm susah nk jumpa.. tambah-tambah kat kawasan pedalaman ni... tak banyak kedai yg jual.. hmmm

    ReplyDelete
  10. Nice, nampak sedap tp tak pernah rasa lagi. Kalau makanan korea favourite saya buat masa ni sy paling suka Spicy Korean Rice Cakes, Tteok-pokki. Nyumnyum.

    ReplyDelete

Hi there! Thanks for stopping by and comment. Please be polite or else I'll just head my cursor towards the box and delete your inappropriate comment.

Hopefully all the info is useful for you and don't forget to come again! Much love!